Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah memperkenalkan kempen Terima Kasih sebagai inisiatif baharu untuk memperkukuhkan lagi pengisian program tahun ini. Selain program TV yang menjadi sajian utama, kempen Terima Kasih juga sedang rancak mengadakan aktiviti seperti Bazar Terima Kasih, Jom Masjid dan Skuad Terima Kasih.
Menjadi pilihan nombor satu dan dua dalam kalangan penonton Melayu pada bulan Syawal, TV3 dan TV9 meneruskan tradisi untuk menyediakan pelbagai program menarik sepanjang minggu raya pertama dan kedua. Antaranya, telefilem eksklusif yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air, program Raudhah, majalah & bual bicara, program hiburan, seleksi filem-filem blockbuster luar negara dan tidak lupa juga program animasi khas buat penonton cilik.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, “TV3 dan TV9 merupakan saluran TV pilihan utama rakyat Malaysia pada musim perayaan. Sebagai tanda terima kasih kami kepada para penonton setia atas sokongan mereka yang tidak pernah terhenti ini, kami memastikan hanya program-program terbaik dan berkualiti untuk siaran sepanjang minggu pertama dan kedua bulan Syawal. Nantikan barisan pelakon hebat dan popular seperti Datuk Rosyam Nor, Zamarul Hisham, Rita Rudaini. Saharul Ridzwan, Amyra Rosli Syafie Naswip, Zahirah MacWilson, Niena Baharun, dan ramai lagi menerusi telefilem-telefilem raya istimewa di TV3 dan TV9.
Tidak lupa juga program Hiburan seperti Raya Sakan Mak Cun, Melodi Raya, Mentor Milenia Raya, Pop TV Raya, Perang Bibir Raya yang akan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri para penonton.”
“Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada para pengunjung yang berpusu-pusu memeriahkan Jom Masjid di Temerloh, Pahang dan Bazar Terima Kasih di Kemaman, Terengganu. Sokongan anda semua amat bermakna buat kami dan Insya Allah acara-acara sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. Bagi sesiapa yang belum berkesempatan, jangan lupa untuk menghadiri acara Jom Masjid di Sungai Petani, Kedah dan Bazar Terima Kasih di Johor Bahru.” ujar beliau lagi.
PROGRAM SYAWAL TV3 & TV9
Pada tahun ini, TV3 akan menggandingkan bintang-bintang popular menerusi telefilem yang menyentuh hati seperti Mak Tak Bagi Balik, Terhentinya Doa, Mak Cun Pi Lombok! dan Syukur Syawal.
Buat penggemar filem-filem blockbuster pula, jangan lupa untuk menyaksikan KL Gangster, KL Gangster 2, Chennai Express, Into The Woods dan Maleficient. Tidak ketingggalan juga program Majalah & Bual Bicara seperti Mana Kawan Adik?, Majalah 3 Raya, Istimewa Aidilfitri dan Misi K: Raya serta program Gaya Hidup dan Raudhah seperti Nona Istimewa Raya, Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa 2017 dan Madrasah: Jalur Sutera Ilmu yang turut akan menemui para penonton pada Syawal ini.
TV3 juga menyediakan program hiburan yang semestinya akan menceriakan lagi Syawal anda seperti Raya Sakan Mak Cun, Melodi Raya, The Sarimah Show, Muzik-Muzik 32 Raya, dan juga Mentor Milenia Raya.
Sementara itu, TV9 pula akan menghiburkan penonton dengan paparan telefilem eksklusif bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti Balik Raya Ke Kita?, Dodol Untuk Menantu, Imam Samar-Samar, Ketupat Buat Nenek dan Projek Kuih Raya Mak Leha. Di samping itu, bagi mereka yang meminati watak-watak superhero, jangan ketinggalan untuk menonton filem-filem blockbuster seperti Thor, Thor: The Dark World, Captain America: The First Avenger, Captain America: The Winter Soldier, Iron Man 3, dan juga Marvel’s The Avengers.
Program Hiburan di TV9 pula menampilkan Pop TV Raya, Perang Bibir 2017, Serupa Tapi Tak Sama, Karaoke Boom dan Lawak Karoks. Di samping itu, program Majalah & Bual Bicara serta program Raudhah seperti Ketupat Rendang Kopi O, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan SIS Raya juga menyediakan paparan istimewa di TV9.
IKLAN RAYA KEMPEN TERIMA KASIH
Setelah lama menyepi, pengarah kreatif Ho Yuhang kembali bekerjasama dengan Media Prima Berhad dalam pembikinan iklan raya kempen Terima Kasih.
Seiring dengan tema kempen tahun ini, iklan raya 3 episod Rangkaian Televisyen Media Prima ini memainkan peranan sebagai peringatan kepada para penonton bahawa sebenarnya tiada jurang perbezaan sesama manusia untuk menzahirkan rasa terima kasih.
Ia berkisarkan tentang seorang ibu tunggal yang harus melalui pelbagai dugaan dalam membesarkan dua orang anaknya. Walaupun bukan senang untuk menanggung segala perbelanjaan kehidupan keluarganya, dia tidak pernah mengeluh kerana sokongan daripada dua orang anaknya sudah amat bermakna.
LAGU TEMA DAN VIDEO MUZIK TERIMA KASIH
Lebih menarik lagi, dua penyanyi ternama negara – Faizal Tahir dan Aizat Amdan, turut berkolaborasi dalam mencipta dan menyanyikan lagu berjudul Terima Kasih khas untuk kempen ini. Lagu ini merupakan lagu asal Aizat Amdan yang berjudul “Jangan Menangis” dan kemudiannya diubahsuai menjadi lagu tema untuk kempen ini.
Lagu ciptaan Aizat Amdan, Faizal Tahir dan Mike Chan ini boleh dimuatturun menerusi aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, iTunes dan juga Joox, manakala video muzik ini boleh ditonton menerusi laman YouTube TV3 iaitu TV3Malaysia Official.
ACARA PADANG KEMPEN TERIMA KASIH: BAZAR TERIMA KASIH & JOM MASJID
Selain menghiasi program istimewa Ramadan dan Syawal, barisan duta Terima Kasih seperti Ayda Jebat, Redza Rosli, Mira Filzah, Elfira Loy, personaliti sukan Zaquan Adha, Faizal Tahir dan juga Aizat Amdan bergandingan dengan duta Skuad Terima Kasih yang terdiri daripada personaliti TV3 & TV9 iaitu Uyaina Arshad, Fakhrul Radhi, Zainal Ariffin dan Fiza Sabjahan turut menjayakan acara padang kempen Terima Kasih.
Selesai lokasi pertama di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu, Bazar Terima Kasih [Ditaja oleh F&N Fun Flavours, Lazada, Lifebuoy, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)] akan bertandang ke Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, Johor pada 10 Jun nanti. Acara ini bakal bermula pada 3.00 petang dan turut disertai oleh selebriti-selebriti popular seperti Farid Kamil, Sabhi Saddi, Talha Harith, Nina Iskandar, Chef Fikree, Chef Naem, Nazeera Sardi, Da’i Tajdid Hadhari, Da’i Azam dan Da’i Syed di samping duta Terima Kasih.
Antara aktiviti menarik yang berlangsung di sekitar bazar itu ialah sesi gotong-royong, jualan amal juadah berbuka puasa, pengagihan bubur lambuk secara percuma, sesi ramah mesra bersama barisan duta Terima Kasih dan selebriti, tazkirah serta majlis berbuka puasa dan pemberian duit raya bersama keluarga asnaf.
Sementara itu, Jom Masjid [Ditaja oleh Lifebuoy, F&N Fun Flavours dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)] yang bertujuan untuk mengimarahkan masjid telah menerima sambutan positif di mana 3,000 orang telah berkunjung ke lokasi pertamanya iaitu Masjid Baru Daerah Temerloh pada 28 Mei. Buat penggemar aktiviti rohaniah dan insaniah, mereka masih berpeluang untuk mengikuti acara Jom Masjid yang seterusnya di Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu, 17 Jun 2017. Turut akan turun padang menyertai Jom Masjid kali ini ialah Ustaz Wadi Anuar Ayub, Ustaz Safwan, Da’i Azrin, Anis Al-Idrus, Ashraf Muslim, Nazeera Sardi dan Talha Harith.
SKUAD TERIMA KASIH
Skuad Terima Kasih (Ditaja oleh Lifebuoy) ialah program tanggungjawab sosial yang telah dilancarkan pada 1 Jun 2017. Program ini merupakan inisiatif untuk memupuk kesedaran bahawa kebaikan boleh dilakukan tanpa mengira siapa anda atau bagaimana keadaan anda.
Menerusi program ini, tujuh pertubuhan iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia, Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS), Persatuan Pengasih Malaysia, Persatuan Orang Pekak Johor Bahru, Spinal Muscular Athropy (SMA), Jabatan Penjara Malaysia, Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) berkolaborasi dengan duta-duta Skuad Terima Kasih dalam beberapa misi yang dinamakan Rantaian Kasih untuk menyebarkan kasih sayang dan kebaikan sesama kita sebagai tanda Terima Kasih.
KOLABORASI KEMPEN TERIMA KASIH TV3 & TV9 BERSAMA KUMPULAN SURIA KLCC
Kempen Terima Kasih tahun ini menjadi lebih meriah kerana buat julung kalinya Rangkaian Televisyen Media Prima bekerjasama dengan tiga pusat membeli belah yang diuruskan oleh Kumpulan Suria KLCC Sdn. Bhd. iaitu Alamanda, Mesra Mall dan Suria KLCC. Setiap pusat beli belah akan mengaplikasi konsep kempen Terima Kasih dari segi hiasan, pengisian dan penggunaan lagu tema Terima Kasih dimainkan sepanjang bulan ramadan dan Syawal nanti.
Kolaborasi ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan menderma ke Tabung Bersamamu yang terletak di ketiga-tiga pusat beli belah tersebut sepanjang bulan Ramadan. Pelbagai aktiviti turut akan dijalankan seperti aktiviti ramah mesra bersama para duta pada 12 Jun di Suria KLCC dan Alamanda Mall serta aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).
BARANGAN ISTIMEWA RANTAIAN KASIH: TOUCH N GO DAN PIN IKRAR
Sebuah inisiatif amal yang berikrar untuk menyebarkan kebaikan secara berantai. Di dalam sampul Rantaian Kasih ini mengandungi kad Touch N Go dan pin ikrar. Kami berharap dapat beramal kepada mereka yang memerlukan dengan penggunaan kad Touch N Go, dan memakai pin ikrar Rantaian Kasih pada baju anda sebagai tanda sokongan terhadap insiatif amal ini. Hasil jualan pin ikrar dan Touch N Go ini akan disalurkan ke Tabung Skuad Terima Kasih.
KOLABORASI BERSAMA DENGAN tonton, CJ Wow Shop, dan Media Prima Digital
Kempen Terima Kasih juga mendapat sokongan daripada platform-platform lain di Media Prima iaitu tonton, CJ Wow Shop, dan Media Prima Digital.
tonton menawarkan pilihan drama terbaik untuk tonton VIP dan menariknya semua drama-drama ini boleh dinikmati di mana jua sama ada di telefon bimbit, tablet ataupun komputer.
Saksikan drama-drama menarik tempatan seperti Meh, Sandar Pada Aku! Raya yang dibintangi oleh Mira Filzah, Alif Aziz, Haliza Misbun dan Alicia Amin. Drama spin-off ini merupakan Siri Original tonton dan boleh mula di tonton mulai 23 Jun, setiap hari Jumaat hingga Ahad. Meh, Sandar Pada Aku! Sebelum ini pernah memenangi anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017.
Ikutilah juga lakonan hebat Nad Zainal dan Johan As’ari dalam drama berjudul Jurnal Suraya, di mana kesemua episod boleh ditonton bermula 26 Jun. Lebih menarik lagi, tonton juga telah menyediakan drama-drama dari Korea seperti Bubblegum dan Witch’s Love khas buat peminat tegar K-Pop di luar sana!
Rangkaian beli-belah inovatif menerusi pelbagai platform di rumah, CJ WOW SHOP bakal menyerikan lagi sambutan Raya anda melalui kempen “Serikan Raya bersama WOW”!
Menerusi kempen “Serikan Raya bersama WOW”, CJ WOW SHOP dengan kerjasama jenama automotif terbesar di Malaysia, Proton kini menawarkan dua buah lagi ‘Kereta Raya WOW’ – PROTON Ertiga untuk dimenangi oleh para pelanggan sepanjang musim Raya. Selain itu, hadiah saguhati adalah telefon pintar jenama Nubia yang bakal dilancarkan di CJ WOW SHOP tidak lama lagi.
Untuk menyertai peraduan ini, para pelanggan perlu membuat pembelian sepanjang tempoh promosi Raya yang bermula dari 19 Jun hingga 23 Julai 2017. Anda kemudiannya perlu memuat naik gambar produk yang dibeli di laman sosial Facebook atau Instragram anda dan pastikan anda hashtag #SerikanRayaBersamaWow dan #KeretaRayaWow. Anda juga boleh menghantar penyertaan melalui Whatsapp di 013 300 5087. Pemenang akan dipilih menerusi slogan paling kreatif. Lagi banyak penyertaan, lagi tinggi peluang anda untuk menang!
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk di CJ WOW SHOP, pelanggan boleh mengikuti siaran demonstrasi CJ WOW SHOP menerusi saluran TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan tonton.
Semarakkan kemeriahan Aidilfitri menerusi aplikasi-aplikasi yang dibangunkan Media Prima Digital. Diilhamkan daripada program kembara makanan popular TV3, ‘Jalan Jalan Cari Makan’, aplikasi JJCM akan menyajikan pelbagai artikel menarik berkenaan menu-menu pilihan di Aidilfitri selain lokasi mendapatkan buffet istimewa pada harga mampu milik!
Aplikasi Raudhah juga turut memainkan peranannya di mana dalam kita meraikan suasana Aidilfitri yang ceria, jangan lupa untuk turut sama mensyukuri nikmat dari-Nya. Sampaikan ucapan terima kasih anda menerusi aplikasi Raudhah, di mana sahaja anda berada dan untuk sesiapa sahaja yang anda inginkan. Tiada kata seindah bahasa, budi baik dikenang juga, setiap ucapan terima kasih anda pastinya membawa makna.
Aplikasi Wanita pula akan membawakan pelbagai tips-tips kesihatan berguna khususnya untuk anda yang risau akan jumlah kalori yang diambil raya ini! Bukan itu sahaja, ketahui cara diet yang sesuai sekiranya anda mahu kekal langsing walaupun selepas menjamu pelbagai juadah enak di rumah terbuka!
Permainan Ejen Ali: Emergency juga tak mahu ketinggalan. Satu peringkat permainan khas edisi istimewa ‘RAYA’ akan dimuatnaik di mana adik-adik boleh mencabar diri dengan menewaskan musuh Ejen Ali yang sentiasa mahu membuat kacau. Lebih menarik lagi, sekiranya adik-adik berjaya, karakter Ejen Ali akan mendapat peluang mendapat baju baru, iaitu Baju Melayu untuk dipakai semasa bertarung! Tambah kacaklah Ejen Ali berbusana tradisi kan?
Muat turun semua aplikasi di atas secara percuma di Apple App Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store bagi pengguna Android.
Kempen #TerimaKasih turut dimeriahkan lagi dengan kolaborasi Media Prima bersama rakan-rakan penaja iaitu F&N Fun Flavours, Lazada, Lifebuoy, Lipton, Nivea, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan Top. Tidak ketinggalan, Coca-Cola dan Yakult juga merupakan penaja untuk program-program Raya yang bakal menemui para penonton di TV3.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan juga www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube TV3Malaysia dan TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag #TerimaKasih.
-Tamat-
TONTON – PROGRAM SYAWAL DRAMA 2017
MEH, SANDAR PADA AKU! RAYA
Tarikh : 23 Jun 2017
Artis : Aliff Aziz, Mira Filzah, Haliza Misbun, Alicia Amin
Sinopsis : Nadzhan dan Tasneem bakal menyambut bulan Ramadan sebagai pasangan suami isteri buat kali pertama. Namun, rumahtangga mereka ditimpa masalah apabila Nadzhan mula jatuh hati terhadap Dr. Sandra. Situasi bertambah teruk apabila Tasneem menerima surat daripada wanita yang paling dibenci oleh Nadzhan, iaitu ibunya sendiri. Mampukan Tasneem menyelamatkan hubungan antara seorang ibu dan anaknya, serta perkahwinan mereka pada masa yang sama?
(English) It is the first Ramadan for newlywed Nadzhan and Tasneem but their marriage was taken by storm when Nadzhan fell for Dr. Sandra. It became worse when Tasneem received a letter from Nadzhan’s mother who he hated most. Can Tasneem save the relationship between a mother and a son and can both Tasneem and Nadzhan save their marriage?
JURNAL SURAYA
Tarikh : 26 Jun 2017
Artis : Nad Zainal, Johan As’ari, Mawar Rashid, Noniswara, Ridzuan Hashim
Sinopsis : Suraya disahkan menghidap barah, namun dia tidak pernah menggunakan penyakitnya itu sebagai satu alasan untuk menjadi lemah. Suraya tidak ingin mensia-siakan hidupnya. Pada suatu hari, Suraya berkenalan dengan Alif, seorang lelaki yang juga menghidap barah tahap 3. Berbeza daripada Suraya, Alif sudah berputus asa dengan hidupnya. Dia mula melihat hidup daripada sudut yang positif selepas berkawan dengan Suraya.
(English) Suraya is diagnosed with stage 4 cancer. But she doesn’t let her sickness gets to her. She is strong-willed and determined to make the very best out of her remaining life. She then met Alif –a guy who just found out that he too has stage 3 cancer. But unlike Suraya, he has given up on life. Alif starts to see in a different light when he befriends Suraya.
BUBBLEGUM
Tarikh : 5 Julai 2017
Artis : Lee Dong-Wook, Jung Ryeo-won, Park Hee-Von
Sinopsis : Park Ri-hwan berasal dari keluarga yang berada dan berkerja sebagai seorang doktor di kliniknya. Ri-hwan membesar bersama rakannya, Kim Haeng-ah yang merupakan seorang penerbit radio. Ibu dan bapa Haeng-ah meninggal dunia ketika dia masih muda dan dia kemudiannya dijaga oleh ahli keluarga Ri-hwan. Ri-hwan dan Haeng-ah mempunyai perasaan terhadap satu sama lain tetapi ibu Ri-hwan tidak mahu mereka bersama.
(English) Park Ri-hwan comes from a wealthy family and he works as an oriental medical doctor in his own clinic. He grew up with his best friend since childhood, Kim Haeng-ah who works as a radio producer. Haeng-ah’s parents both died when she was young and she was taken care by Ri-hwan’smother after her father’s death. Both Ri-hwan and Haeng-ah had feelings for each other but Haeng-ah is taking things slowly due to Ri-hwan’s mother who does not want them to be together.
WITCH’S LOVE
Tarikh : 19 Julai 2017
Artis : Uhm Jung Hwa, Park Seo Joon, Han Jae Suk, Jung Yun Joo
Sinopsis : Sebuah drama tentang kisah cinta antara seorang lelaki muda dengan seorang wanita yang tidak mahu membuka hatinya kepada orang lain, setelah bakal suaminya melarikan diri sebelum perkahwinan mereka.
(English) A drama about the romance between a younger man, and a woman who isn’t able to open up her heart to others after her to-be-groom suddenly left her right before they were about to get married.
—————————————————————————————————————————————————————————-
TELEFILEM
MAK TAK BAGI BALIK
Tarikh : Malam Raya, 24 Jun 2017
Masa Siaran : 9.25 malam
Produksi : Saphire Screen
Pelakon : Adik Nurul Fateha, Vanidah Imran, Khir Rahman, Shahromnizan, adik Izuan Fitri,
adik Izuan Fikri, Ieka Zulkifli, Man Kader
Sinopsis : Kehidupan Ismail dan Rohani menjadi lebih bahagia apabila harga getah yang menjadi sumber pendapatan mereka telah naik. Tambahan pula, anak perempuan sulung mereka, Rosnah mendapat tawaran untuk belajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Mereka bekerja lebih keras demi pendidikan anak perempuan mereka. Rohani menasihatkan anak perempuannya tidak perlu membelanjakan wang untuk pulang ke rumah di bulan Ramadan kerana mereka perlu berjimat untuk persiapan Hari Raya. Mahayu, rakan sebilik Rosnah berasa kasihan terhadap rakannya dan menjemput Rosnah ke rumahnya. Ibu bapa Mahayu terkejut ketika bertemu dengan Rosnah kerana Rosnah merupakan saudara mereka yang sudah lama tidak berhubung.
(English) The life of Ismail and Rohani becomes happier when the price of rubber, source of their income, goes up and their eldest daughter, Rosnah, got accepted to study in a boarding school. They work harder to support their daughter’s study. When Ramadan comes, Rohani advised her daughter not to spend money on travelling back home, they have to save for Raya. Mahayu, Rosnah’s roommate felt pity towards her friend and invites her to be with her family instead. Then one day, both of Mahayu’s parents are shock when they meet Rohani, their long lost relative
SYAWAL YANG KUINGINKAN
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Masa Siaran : 10.00 pagi
Produksi : Zeel Production
Pelakon : Fauziah Ahmad Daud, Azira Shafinaz, Izreen Azminda, Idris Khan, Fendi Seman, Che Puteh
Sinopsis : Hani ialah seorang tukang jahit yang bekerja di butik pakaian milik Puan Sakinah. Dia sangat komited dengan kerjanya sehingga mengabaikan nenek, kakaknya, dan anak saudara di kampung. Dalam kesibukan untuk menyiapkan tempahan yang banyak untuk Hari Raya, Hani terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Akibat insiden tersebut, Hani telah hilang ingatan. Keluarganya gembira menyambut kepulangan Hani. Pada masa yang sama, Hani juga jatuh cinta dengan kekasih lamanya, Qazim.
(English) Hani is tailor and supervise the operation of Puan Sakinah’s clothing boutique. She is very committed to her work and because of that her sister, grandmother and niece are neglected back home. She got involved in an accident and went back late for raya because she was busy with some last orders that needed to be done. She lost some of her memory. Her sister, grandmother and sister were happy because Hani was back with her family in kampung. At this point, she also falls in love with her ex boyfriend, Qazim.
HURU HARA RAYA
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Masa Siaran : 2.00 petang
Produksi : Arie Zaharie Production
Pelakon : Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Zarina Zainuddin, Kazar Saisi,
Fadilah Mansor
Sinopsis : Telefilem ini mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang. Puan Mona dan Encik Rashid mempunyai bisnes sendiri. Puan Mona menjual biskut raya manakala Encik Rashid menjual baju tradisional atas talian. Pada masa yang sama, mereka berdua sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan anak mereka, Faizal. Huru hara bermula apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan termasuk bertemu dengan bakal mertua yang garang. Namun, Faizal dapat mengatasi segala rintangan dan selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Ayu pada Hari Raya keempat.
(English) A story of a northern family in Penang. Puan Mona and Encik Rashid are both doing a business. Puan Mona has her own business selling Raya cookies while Encik Rashid sells online traditional wears. In the same time, they are planning for their only child, Faizal’s wedding. Chaos happens when they don’t know which one to prioritize first. Also to meet Ayu’s fierce father. After all the obstacles, Faizal managed to tie the knot with Ayu on the 4th Day of Raya.
HASSAN
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Masa Siaran : 5.00 petang
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pelakon : adik Redzwan Adha, Shafiq Kyle, Nonie Nadirah, Man Kadir, Rosnah Mat Aris
Sinopsis : Hassan ialah seorang anak yatim yang tinggal bersama abang tirinya, Fuad. Tiada sesiapa yang menyukai Hassan termasuk Fuad, Jah dan kanak-kanak lain. Mereka sering memberikan layanan buruk kepada Hassan hanya kerana rupanya yang selekeh. Namun, Hassan tidak pernah ambil kisah. Pak Samad, suami kepada Jah sering mempelawa Hasan untuk menjamu makanan sedap yang dimasak oleh Jah. Malahan, Hassan juga berkawan baik dengan anak perempuan mereka, Liya. Suatu hari, Fuada terlibat dalam kemalangan kecil. Hassan telah menjaganya dengan teliti. Sejak itu, Fuad menyedari kebaikan daripada Hassan dan bukannya penampilan fizikalnya yang kurang menarik.
(English) Hassan is an orphan. He lives with his step-brother, Fuad. Everyone dislike and treats Hassan badly because of his sloppy features including Fuad, Jah and other kids. But Hassan doesn’t care. Pak Samad, Jah’s husband always welcome Hassan to his home to enjoy delicious meals cooked by Jah. Hassan also befriend with their daughter named Liya. One day, Fuad involved in a minor accident and Hassan takes good care of him. Since then, Fuad realized his good deeds instead his physical appearance.
TERHENTINYA DOA
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Masa Siaran : 9.00 malam
Produksi : JS Pictures
Pelakon : Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Ozlynn, Raja Hakim DFKL, Azri Iskandar,
Normah Damanhuri, Sheila Rusly
Sinopsis : Kepulangan Wafie dari luar negara telah diberikan kejutan. Wafie tidak pulang ke rumah keluarganya tetapi dihantar ke kampung. Rupa-rupanya pada hari kepulangan Wafie, neneknya, Nek Wa disahkan mengidap penyakit Chikungunya ketika menoreh getah. Nek Wa kini terlantar di rumah. Konflik bermula apabila dua orang anak Nek Wa iaitu Razali and Rozi bertengkar tentang siapa yang menjaga Nek Wa, Ketika berada di kampung, macam-macam yang Wafie dengar tentang keluarganya. Setelah kesihatan Nek Wa kembali pulih, Wafi cuba mengubah keluarganya supaya selalu pulang menjenguk Nek Wa dan selesaikan permusuhan.
(English) Wafie has been given a surprise when he return home from overseas. Instead of going back home, he has been sent to the village. His grandmother, Nek Wa is diagnosed with Chikungunya disease when she’s tapping rubber. Nek Wa is now bedridden at home. Her two children, Razali and Rozi were fighting who should take charge to take care of Nek Wa. While in the village, Wafie heard lots of things about his family. After Nek Wak’s recovery, Wafi tried to make his family go back to visit Nek Ma more frequent and settle the quarrel.
ALI
Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017
Masa Siaran : 2.00 petang
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pelakon : Syafie Naswip, Sabri Yunus, Octavia Menrose
Sinopsis : Ali seorang lelaki yang jujur telah mengejar Pak Iki hingga ke Kelantan semata-mata mahu mengembalikan botol air yang tertinggal di terminal bas. Ketika tinggal di rumah Pak Iki, Ali mempelajari erti sebenar tentang kehidupan. Pak Iki telah mengajar Ali amalan hidup yang baik. Pak Iki rasa kesal kerana dia telah mengabaikan anak-anaknya ketika mereka masih hidup. Pak Iki mahu menebus kesilapannya. Jadi, dia telah meminta Ali tinggal bersamanya hingga ke nafas terakhir.
(English) A tale about Ali, an honest young man that chases Pak Iki until Kelantan to return back his water bottle that was left at the bus terminal. During his stay at Pak Iki’s place, Ali learns a lot about life. Pak Iki teaches him all the good deeds. He regrets that he doesn’t pay much attention to his children when they were alive. So Pak Iki wants to pay back to Ali and requests Ali to stay until his last breath.
MAK CUN PI LOMBOK!
Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017
Masa Siaran : 9.00 malam
Produksi : Rumah Karya Citra
Pelakon : Erma Fatima, Dato Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Ajun Perwira,
Azizah Mahzan, Isa Khan
Sinopsis : Mak Cun semakin sibuk dengan perniagaannya. Suatu hari Atul kemalangan dilanggar lori yang dipandu oleh seorang warga Indonesia bernama Rangga. Kemalangan itu telah merapatkan Atul dengan Rangga. Mak Cun sangat marah dan mengurung Atul di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar berjumpa dengan Rangga. Rangga mengajak Atul kahwin lari ke kampungnya di Lombok. Atul begitu yakin bahawa Mak Cun tidak akan ada pilihan lain selain merestui hubungan mereka kalau mereka sudah bernikah. Mak Cun menjadi semakin kusut dengan kehilangan Atul. Mak Cun nekad hendak pergi mencari Atul di Lombok.
(English) Mak Cun increasingly busy with his business. One day Atul accident hit a lorry driven by an Indonesian man named Kimberly. The accident has been narrowing Atul with Kimberly. Mak very super angry Atul Cun resulting in brackets in the house and not allowed out to meet with Kimberly. Kimberly asked Atul eloped to his village in Lombok. Atul so sure that Mak Cun there will be no choice but to approve of their relationship when they are married. Mak Cun become increasingly tangled with Atul loss. Cun Mak told to go find Atul Lombok.
PERGILAH CINTA
Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017
Masa Siaran : 2.00 petang
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pelakon : Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Raja Afiq DFKL.
Sinopsis : Reza ingin memberi kejutan buat isterinya, Liyana bersempena dengan ulang tahun perkahwinan ke-5. Liyana kemurungan sejak ibunya meninggal dunia. Reza cuba sedaya upaya untuk menceriakan isterinya. Namun, Reza terkejut apabila Liyana telah meninggalkannya dan menuntut penceraian. Reza sedar bahawa rakan kolejnya, Fazley telah menikam dari belakang. Reza telah mulakan kehidupan baharu selepas menceraikan Liyana. Perkahwinan Liyana dan Fazley tidak bahagia. Liyana ingin kembali kepada Reza. Walaupun masih ada sayang terhadap bekas isterinya, Reza menolak untuk rujuk kembali.
(English) On their 5th Anniversary, Reza wanted to surprise his wife, Liyana. Liyana was depressed since her mother passed away and Reza is trying his best to get his happy wife back. At the moment he came home, Reza has been surprised when Liyana left and demanded a divorce. Reza knows that his college mate, Fazley backstabbed him. He moved on with his life. Liyana and Fazley had a miserable marriage life. Because of that, Liyana return back to Reza but unfortunately he rejected Liyana even though he loves her still.
SYUKUR SYAWAL
Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017
Masa Siaran : 9.00 malam
Produksi : Primeworks Studios
Pelakon : Farid Kamil, Asyraf Aley, Hana Aqeela, Rosnah Johari, Dato Rahim Razali,
Anis Al Idrus
Sinopsis : Selepas 20 tahun hidup miskin di kampung dengan ibu bapanya, Syawal membuat keputusan untuk berhijrah ke KL. Dia telah meninggalkan Mak Lijah dan Pak Seman kerana mereka tidak dapat memberi kehidupan yang mewah seperti kawan-kawannya. Setiap kali Hari Raya tiba, Mak Lijah akan memasak hidangan kegemaran Syawal seperti rendang daging dan ketupat palas, tetapi Syawal tidak pernah pulang ke rumah. Syawal hidup mewah dan mempunyai teman wanita bernama Haida. Satu hari, apabila Haida membawa Syawal untuk berjumpa ibu bapanya, Syawal terkejut kerana Haida bangga dengan ibu bapanya walaupun mereka sudah tua dan miskin. Syawal insaf dan pulang ke rumah.
(English) After 20 years of living poor in the village with his parents, Syawal decided to migrate to KL. He left Mak Lijah and Pak Seman as they don’t treat him with luxury as other his friends deserved. Every Raya, Mak Lijah will cook Syawal’s favourite dish; beef rendang and ketupat palas, but Syawal never returned home. Syawal is living his luxurious life and have a girlfriend named Haida. One day, when Haida brings Syawal to meet her parents, Syawal was shocked because Haida is proud to have her parents even though they are old and poor. Syawal then comes home.
SURAT PANJANG UNTUK MAK
Tarikh : Raya Keempat, 28 Jun 2017
Masa Siaran : 9.00 malam
Produksi : Layar Ceritera
Pelakon : Hamidah Wahab, Syafie Naswip, Syed Aiman, Izreen Azminda, Syikin Kamal,
Jaja Ilyas DFKL
Sinopsis : Segalanya bermula dengan panggilan telefon yang dibuat oleh Ehsan kepada adik-beradiknya untuk meminta mereka pulang melawat ibu mereka, Raudhah. Ehsan mendapat idea untuk menulis surat kepada ibunya. Malah, Ehsan juga mencadangkan adik-beradiknya untuk melakukan perkara yang sama. Setiap orang akan menulis sepucuk surat yang panjang untuk mengenang memori terindah bersama-sama dengan ibu tercinta. Mereka mula menghargai pengorbanan ibu mereka dan membuat keputusan untuk menghabiskan setiap hujung minggu bersama-sama dengan Raudhah. Raudhah menjadi lebih bahagia. Walaupun dia kini terlantar atas katil sebab kesihatan yang tidak mengizinkan, dia bersyukur dan gembira kerana sering ditemani oleh anak-anaknya.
(English) It starts off with the calls made by Ehsan to ask all of his siblings to return back home to visit Raudhah, their mother. Ehsan got an idea of writing letters to her mother reminiscing their time together. He asks the siblings to do the same. Each one of them wrote a long letter on their memories together with Raudhah. Because of this, they become more appreciative of their mother and decided to spend their time with her every week. Raudhah becomes happier and when she is on her dying bed, she is truly happy because she is surrounded by all of her children.
FILEM
DHOOM 3
Tarikh : Malam Raya, 24 Jun 2017
Masa Siaran : 2.00 petang
Pelakon : Aamir Khan, Katrina Kaif, Abhishek Bachchan
Sinopsis : Selepas kematian bapa mereka, Samar dan Sahir meneruskan impian mendiang ayah mereka untuk membangunkan sarkas dan berusaha mencari pembunuh yang membunuh ayah mereka. Mereka terpaksa berhadapan dengan dua pegawai polis India yang hebat iaitu Jai Dixit dan Ali Akbar. Sahir yang terlatih dalam sihir dan akrobatik telah merompak bank di Chicago milik lelaki yang bertanggungjawab atas kematian bapanya.
(English) After their father’s death, Samar and Sahir stand up to redo the cherished dream of their father that is complete the circus and unmask the murderer killing their father. But they face the fierce opposition of Jai Dixit and Ali Akbar. Sahir, who is trained in magic and acrobatics is robbing banks in Chicago belonging to the man responsible for his father’s death. Brought in to help are Indian police officers, Jai and Ali.
JANGAN PANDANG BELAKANG
Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017
Masa Siaran : 12.00 tgh hari
Pelakon : Pierre Andre, Dato’ Jalaluddin Hassan, Intan Ladyana
Sinopsis : Darma mengalami trauma selepas kematian misteri tunangnya, Rose yang telah membunuh diri. Tanpa pengetahuannya, Rose telah diganggu oleh roh jahat yang dikurung dalam balang kecil yang dijumpai terdampar di pantai. Tindakan membawa pulang ke rumah Rose telah mengundang padah. Secara tidak sengaja, roh yang terkurung itu telah dilepaskan oleh mereka.
(English) Darma is traumatised by the mysterious death of his fiancée, Rose who had killed herself. Unknown to him, Rose had been haunted by a malicious spirit which they had brought to her home after picking up a small jar found washed up at the beach. Apparently, the spirit had been imprisoned and was inadvertently released by the couple.
BOBOIBOY THE MOVIE
Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017
Masa Siaran : 5.00 petang
Pelakon : Nur Sarah Alisya, Anas Abdul Aziz, Mohd Fathi Diaz
Sinopsis : Rakan robot BoBoiBoy, Ochobot, telah diculik oleh sekumpulan pemburu harta karun makhluk asing bernama Tengkotak dengan tujuan menggunakan Ochobot untuk mencari Sfera Kuasa yang purba dan berkuasa yang menyembunyikan diri di Bumi. BoBoiBoy dan rakan-rakan kini perlu berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Ochobot dan mendedahkan rahsia di sebalik misteri Sfera Kuasa. Perjalanan mereka akan membawa mereka melalui pengembaraan yang penuh dengan aksi, komedi dan adegan-adegan yang menarik.
(English) A group of alien treasure hunters named The Tengkotak has arrived on earth and kidnapped Ochobot in order to use him to locate an ancient and powerful Sfera Kuasa hiding on earth. BoBoiBoy and his super friends must now race against time to save Ochobot and uncover the secrets behind the Sfera Kuasa. Their journey will take them on an adventure filled with action, comedy, and beautiful locales.
JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK
Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017
Masa Siaran : 12.00 tgh hari
Pelakon : Shaheizy Sam, Cat Farish, Lisa Surihani, Lan Pet Pet, Piee
Sinopsis : Filem ini menceritakan tiga pemuda dari Kuala Lumpur: Punai, seorang joki kereta; Asmat, seorang tukang cuci yang bercita-cita mahu jadi ‘rapper’ dan Johan yang bercita-cita mahu menjadi pelakon aksi yang popular. Masing-masing menerima surat daripada Allahyarham Pak Sudir untuk datang ke rumahnya. Sebaik tiba, mereka bertemu dengan pembantu Pak Sudir, Mustika. Barulah mereka tahu bahawa Pak Sudir sebenarnya ialah datuk mereka telah menjadi kaya raya. Ketiga-tiga mereka berpeluang untuk mewarisi semua harta benda dan kekayaannya tetapi ada syarat yang perlu dipatuhi.
(English) The film tells a story of three youths from Kuala Lumpur: Punai, a car jockey; Asmat, a cleaner and ‘rapper wannabe’; and Johan, an ‘acting star wannabe’. They each received a letter from the late Pak Sudir, inviting them to his house. Upon their arrival, they meet up with Pak Sudir’s assistant, Mustika, and they discover that Pak Sudir was actually their grandfather who happens to be rich. The three of them stand a chance to inherit all of his belongings and wealth but under strict circumstances
GIRLFRIEND KONTRAK
Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017
Masa Siaran : 5.00 petang
Pelakon : Risteena Munim, Keith Foo, Fara Fauzana, Bront Palarae, Nas Ahmad, Razak Ahmad
Sinopsis : Seorang gadis naif dan pemalu, Alisa mahu menyelamatkan kelip-kelip di kampungnya daripada dimusnahkan oleh pemaju yang suka berfoya-foya, Umar. Konflik juga tercetus antara Umar dan ayahnya yang mahu menyerahkan projek miliknya kepada Zain, bakal abang tiri Umar yang mempunyai hasrat dan dendam untuk menjatuhkan Umar. Demi menyelamatkan syarikat milik keluarganya, Umar telah mengupah Alisa sebagai teman wanita kontraknya. Adakah Umar dan Alisa akan berjaya dalam misi masing – masing?
(English) A naive and timid girl on a mission to save the fireflies in her village from being destroyed by a ruthless millionaire playboy developer who is about to lose his family business, ends up being hired as his contract girlfriend instead.
HANTU DALAM BOTOL KICAP
Tarikh : Raya Keempat, 28 Jun 2017
Masa Siaran : 12.00 tgh hari
Pelakon : Angah Pelawak, Mon Ryanti, Zalif Sidek, Mikael Andre, Marsha Milan, Zila Bakarin
Sinopsis : Aminah dan Hussin pulang ke kampung halaman mereka dengan tiga orang anak, Azri, Epul, dan Rina. Aminah meminta ibunya, Nek Temah, seorang bomoh terkenal di kampung untuk menjaga anak-anaknya. Nek Temah telah memberitahu pantang larang yang mereka perlu patuhi dalam rumah itu. Jika sesiapa mengingkari arahan itu, dia perlu berhadapan dengan akibat yang tidak dapat dijangka. Suatu hari, ketika Nek Temah keluar untuk berubat, Epul terdengar bunyi botol jatuh dari bilik rahsia. Ketika Epul mahu membuka pintu tersebut, Nek Temah muncul dan menghentikan perbuatannya. Namun, mereka bertiga tidak bernasib baik untuk kali kedua. Semasa makan, Rina ingin makan nasi dengan kicap. Jadi, Epul mencadangkan mereka membuka pintu bilik misteri itu untuk mencari kicap. Tangan Rina luka dan tanpa berfikir panjang, Epul telah menggunakan kain yang mengikat botol kicap untuk menghentikan pendarahan, tindakan Epul juga telah melepaskan hantu yang dikurungkan dalam botol kicap itu.
(English) A couple, Aminah and Hussin, who decide to pay a visit to their hometown with their three children, Azri, Epul, dan Rina. Aminah asks her mother, Nek Temah, to care for her three children. A well-known shaman in the village, Nek Temah tells the three siblings about the dos and donts of the house or they will have to face the consequences. However, when Nek Temah goes out to see a patient, Epul hears a sound of a bottle falling from the sealed room. He tries to open it, only to be stopped in time by Nek Temah. However, they are not so lucky the second time, when during a meal, Rina suddenly voices her desire to eat her rice with soy sauce. Following that, Epul suggested that the three of them open the door to the mysterious room to look for soy sauce. In the process Rina cut her hand, and without thinking, Epul use a cloth binding the soy sauce bottle to stop the bleeding, only for a ghost to escape.
AKU TERIMA NIKAHNYA
Tarikh : Raya Kelima, 29 Jun 2017
Masa Siaran : 2.00 petang
Pelakon : Adi Putra, Nora Danish, Kamal Faridz
Sinopsis : Filem ini menceritakan tentang kisah bahagia seorang isteri yang setia, Arlisa yang telah berkecai apabila suaminya Johan terlibat dalam kemalangan kereta. Akibat kemalangan itu, dia disahkan menghidap amnesia. Hubungan pasangan tersebut diuji dengan pelbagai dugaan. Demi cinta mereka, Arlisa tidak mudah putus asa dan tekad mahu menjaga Johan walaupun dia tidak ingat langsung tentang wanita yang dia pernah cintai. Arlisa cuba sedaya upaya untuk memulihkan ingatan Johan dengan berkongsi memori-memori indah mereka.
(English) The film tells the story of a faithful wife, Arlisa, whose blissful life is shattered when her husband Johan is involved in a car accident. Due to the accident, he is diagnosed with selective amnesia, which complicates and challenges his relatiopship with Arlisa. Not wanting to give up on her husband and their love, Arlisa is determined to care for Johan although he does not remember her at all, hoping to remind him of the bond they once shared.
KL GANGSTER
Tarikh : Raya Kelima, 29 Jun 2017
Masa Siaran : 10.00 malam
Pelakon : Aaron Aziz, Adam Corrie, Zizan Razak, Syamsul Yusoff, Adi Putra
Sinopsis : Mengisahkan dua beradik yang terjebak di dalam dunia gangster, Malek dan Jai. Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark, anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Setelah dibebaskan, Malek ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap. Namun, Malek sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengannya sehingga King tampil menghulurkan bantuan. Adiknya, Jai pula hanyut dengan kemewahan. Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai ialah orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayah tirinya dan Malek. Bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Jadi, Shark telah mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya.
(English) The older brother, Malek (Aaron Aziz) was imprisoned for five years after being betrayed by his own gang which was started by Shark the step son of the most influential gangster in Kuala Lumpur, King. Malek who leads a normal life after being released, is pulled back into the world he left behind after all those years. Especially since his younger brother Jai is influenced by the gangsters and decides to work for Shark that bringing everything down in chaos.
KL GANGSTER 2
Tarikh : Raya Keenam, 30 Jun 2017
Masa Siaran : 10.00 malam
Pelakon : Aaron Aziz, Adam Corrie, Zizan Razak, Syamsul Yusoff, Adi Putra, Datuk Rosyam Nor
Sinopsis : KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek dan Jai secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan. Ibu mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya. Kelakuan Jai mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila adik perempuan mereka, Zeti diperkosa oleh ketua gangster yang memusuhi Malek dan Jai manakala ibu mereka telah disahkan mengidap penyakit kanser.
(English) Two brothers, Malek and Jai, are indirectly thrust headlong into the world of gangsters and crime when their father died 10 years ago. Since their father’s death, Malek, Jai and their mother have been threatened by gangsters whom their father owes money to. Desperate, the wild Jai turns to crime, and will do anything as long as it pays well. Jai’s behaviour sees vehement opposition from Malek and their mother, which breaks up their family. To make things worse, Malek finds out that his sister Zeti has been raped and their mother has cancer.
CHENNAI EXPRESS
Tarikh : Raya Ketujuh, 1 Julai 2017
Masa Siaran : 2.00 petang
Pelakon : Shah Rukh Khan, Deepika Padukone, Sathyaraj
Sinopsis : Rahul Mithaiwala memulakan pengembaraannya di keretapi bagi memenuhi impian mendiang datuknya yang mahu abunya ditabur di Ganges dan Rameswaram. Tanpa disangka, Rahul berkenalan dengan seorang wanita yang unik dari India Selatan. Apakah yang bakal berlaku nanti?
(English) A man’s trip to fulfill his late grandfather’s last wish turns into an unexpected adventure when he meets a unique young woman from southern India.
STAR WARS EPISODE IV: A NEW HOPE
Tarikh : Raya Ketujuh, 1 Julai 2017
Masa Siaran : 12.30 tengahmalam
Pelakon : Mark Hamill, Harrison Ford, Carrie Fisher
Sinopsis : Luke Skywalker menyertai pasukan Jedi Knight, seorang juruterbang sombong, Wookiee dan dua Droids untuk menyelamatkan galaksi dari pertempuran yang mahu memusnahkan Empire, di samping menyelamatkan Puteri Leia dari Darth Vader yang kejam.
(English) Luke Skywalker joins forces with a Jedi Knight, a cocky pilot, Wookiee and two droids to save the galaxy from the battle-station-destroying world of Empire, while trying to rescue Princess Leia from the evil Darth Vader.
NONGKRONG
Tarikh : Raya Kesembilan, 3 Julai 2017
Masa Siaran : 10.00 malam
Pelakon : Shaheizy Sam, Angah Pelawak, Epy Pelawak, Nurliana Rafiai, Azad Jasmin
Sinopsis : Nongkrong mengisahkan tiga pemuda, Aman, Bada dan Cumi yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan yang tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor. Cumi terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin manakala Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga, tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka. Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil Puteri Laut untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang daripada mereka bertiga iaitu Bada perlu berkahwin dengannya. Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju. Usai sahaja upacara perkahwinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan semua mereka lari lintang pukang. Bomoh pula dibunuh oleh hantu Puteri. Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantui kehidupan mereka sehingga mereka jumpa Azan, abang Aman yang tahu cara untuk menangani hantu itu.
(English) Three guys Aman, Bada and Cumi need ghost number from some shaman. To fulfill the condition, he ask them who want to marrying one of the beautiful ghost. Bada agree. But, thing is not what they expected. The beautiful ghost turn ugly and start to haunt each one of them. Then, they meet Azan, Aman’s brother who know how to deal with those ghost. Their life or death mission begin.
INTO THE WOODS
Tarikh : Raya Kesepuluh, 4 Julai 2017
Masa Siaran : 10.00 malam
Pelakon : Anna Kendrick, Emily Blunt, Johnny Depp, Chris Pine,
Sinopsis : Akibat dikenakan sumpahan oleh ahli sihir, pembuat roti dan isterinya tidak mempunyai anak. Tiga hari sebelum kemunculan bulan yang biru, mereka telah mengembara ke hutan untuk mencari bahan-bahan sebagai penawar kepada sumpahan tersebut dan mengembalikan kejelitaan wajah ahli sihir itu. Mereka perlu mendapatkan lembu yang putih seperti susu, rambut yang kuning seperti jagung, mantel (cape) yang merah seperti darah dan selipar yang berwarna emas. Mereka telah bertemu dengan Cinderellla, Little Red Riding Hood, Rapunzel dan Jack dalam perjalanan mereka bagi menunaikan setiap hajat.
(English) As the result of the curse of a once-beautiful witch, a baker and his wife are childless. Three days before the rise of a blue moon, they venture into the forest to find the ingredients that will reverse the spell and restore the witch’s beauty: a milk-white cow, hair as yellow as corn, a blood-red cape, and a slipper of gold. During their journey, they meet Cinderella, Little Red Riding Hood, Rapunzel and Jack, each one on a quest to fulfill a wish.
BANG BANG (BOLLYWOOD)
Tarikh : Raya Kesebelas, 5 Julai 2017
Masa Siaran : 10.00 malam
Pelakon : Hrithik Roshan, Katrina Kaif, Pavan Malhotra
Sinopsis : Sebuah filem bollywood yang penuh dengan aksi! Seorang penyambut tetamu bank terlibat dengan masalah hidup Rajveer Nanda, seorang lelaki yang penuh dengan misteri. Peluang untuk bertemu dengan jejaka tampan yang mempersonakan telah membawa pekerja bank yang lemah lembut ini ke sebuah pengembaraan yang penuh berdebar.
(English) A young bank receptionist gets mixed up with Rajveer Nanda, a man who has a mysterious background. A chance encounter with a mysterious charmer (Hrithik Roshan) leads to an adrenaline-fueled, transcontinental adventure for a mild-mannered bank employee (Katrina Kaif).
IP MAN THE FINAL FIGHT
Tarikh : Raya Kedua Belas, 6 Julai 2017
Masa Siaran : 10.00 malam
Pelakon : Anthony Wong, Huang Yi, Eric Tsang, Gillian Chung, Jordan Chan, Anita Yuen
Sinopsis : Ip Man: The Final Fight memaparkan sisi hidup IP Man yang lebih realistik di Hong Kong. Beliau terpaksa berhadapan dengan pasang surut dalam hidup dan menanggung kesakitan gastrik. Malah, Ip Man juga mengadakan hubungan dengan Jenny, seorang penyanyi selepas kematian isterinya walaupun dibantah oleh anak-anak murid. Beliau juga mempunyai konflik dengan Ng Chung, seorang Sifu White Crane. Mereka berdua menjadi kawan baik selepas itu. Apabila anak muridnya, Wong Tung telah menyinggung perasaan seorang ketua gangster, Local Dragon, Ip Man dan anak-anak muridnya tampil untuk menyelamatkan Wong.
(English) Ip Man: The Final Fight portrays a more realistic account of Ip Man’s life in Hong Kong. He struggles against the vicissitudes of life and has to cope with his gastric pain. He also insists on having a relationship with the singer Jenny after his wife’s death, even though his students strongly object to it. He also gets into conflict with Ng Chung, a White Crane Style master, but they become friends later. When Wong Tung gets into trouble with a mob boss called Local Dragon, Ip Man and his students show up and rescue Wong.
MALEFICENT
Tarikh : Raya Ketiga Belas, 7 Julai 2017
Masa Siaran : 10.00 malam – 12.00 pagi
Pelakon : Angelina Jolie, Elle Fanning, Sharlto Copley
Sinopsis : Maleficent asalnya pari-pari jelita yang baik hati tinggal di dalam hutan dengan menjalani hidup yang indah dan bahagia. Apabila diserang oleh tentera, Maleficent telah bangkit untuk menjadi seorang pelindung yang paling garang. Namun, pengkhianatan telah berlaku dan menyebabkan Maleficent berubah menjadi kejam dan mahu membalas dendam. Bermulalah pertempuran epik antara Maleficent dengan Raja yang baru mewarisi takhta. Malefient telah menyihir Aurora, bayi perempuan yang baru disambut oleh Raja tanpa menyedari anak kecil tersebut bakal membawa pendamaian dan keamanan kepada kerajaan itu,
(English) As a beautiful young woman of pure heart, Maleficent has an idyllic life in a forest kingdom. When an invading army threatens the land, Maleficent rises up to become its fiercest protector. However, a terrible betrayal hardens her heart and twists her into a creature bent on revenge. She engages in an epic battle with the invading king’s successor, then curses his newborn daughter, Aurora — realizing only later that the child holds the key to peace in the kingdom.
OZ THE GREAT AND POWERFUL
Tarikh : Raya Keempat Belas, 8 Julai 2017
Masa Siaran : 12.30 tengahmalam
Pelakon : James Franco, Michelle Williams, Rachel Weisz
Sinopsis : Oscar Diggs, seorang ahli silap mata yang sering menipu telah hilang dibawa ke sebuah tempat yang asing baginya iaitu Land of Oz. Pada mulanya, Oscar merasakan dia merasa bertuah dan nasibnya mungkin lebih baik di tempat baru ini apabila penduduk disitu menyangkakan Oscar adalah penyelamat mereka. Pertemuannya dengan tiga ahli sihir Theodora, Evanora dan Glinda telah merubah segalanya. Oscar perlu mencari jawapan sebenar mengenai siapkah ahli sihir yang benar-benar baik di antara mereka bertiga sebelum terlambat.
(English) Oscar Diggs, a small-time circus magician with dubious ethics, is hurled away from dusty Kansas to the vibrant Land of Oz. At first he thinks he’s hit the jackpot-fame and fortune are his for the taking. That all changes, however, when he meets three witches, Theodora, Evanora, and Glinda, who are not convinced he is the great wizard everyone’s been expecting. Reluctantly drawn into the epic problems facing the Land of Oz and its inhabitants, Oscar must find out who is good and who is evil before it is too late. Putting his magical arts to use through illusion, ingenuity-and even a bit of wizardry-Oscar transforms himself not only into the great and powerful Wizard of Oz but into a better man as well.
PROGRAM BUAL BICARA & MAJALAH
ISTIMEWA AIDILFITRI
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Masa Siaran : 7.00 pagi
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Ally Iskandar, Fedtri Yahya, Anim Ezati, Fiza Sabjahan, Rena Kassim
Sinopsis : Sebuah rancangan bual bicara istimewa yang dibawakan secara langsung dan bertemakan #terimakasih, pelbagai perisian menarik disediakan termasuklah lintas langsung Solat Sunat Aidilfitri dari Masjid Negara dan lintas langsung dari Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur untuk menyambut Aidilfitri bersama pesakit kanak-kanak di sana. Penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan artis dan berpeluang untuk menyampaikan salam raya secara langsung.
(English) It is a live talk show programme with a theme of #terimakasih that will be reviewing on various interesting and exciting content for the viewers – crossover of Solat Sunat Aidilfitri from Masjid Negara and crossover from Paediatric Ward, Kuala Lumpur Hospital to celebrate Aidilfitri together with the child patients. Viewers will also be entertained with artists performances and able to wish ‘salam raya’ live.
MALAYSIA HARI INI ISTIMEWA AIDILFITRI
Tarikh : Raya Kedua & Ketiga, 26 & 27 Jun 2017
Masa Siaran : 7.00 pagi
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Ally Iskandar, Fedtri Yahya, Anim Ezati, Izwan Azir, Hanif Miswan.
Sinopsis : Kemeriahan Aidilfitri di Malaysia Hari Ini disambut bersama-sama dengan beberapa seniman tanahair serta keluarga mereka. Antara yang terlibat adalah Mamat Khalid, ND Lala & Shila Amzah, Noraniza Idris, A. Rahman Hassan dan Khir Rahman.
(English) Malaysia Hari Ini is celebrating Hari Raya Aidilfitri together with some great local artists and their family – Mamat Khalid, ND Lala & Shila Amzah, Noraniza Idris, A. Rahman Hassan and Khir Rahman.
MANA KAWAN ADIK?
Tarikh : Raya Keempat, 28 Jun 2017
Masa Siaran : 6.00 petang
Produksi : Primeworks Studios
Sinopsis : Berdasarkan kisah benar dan isu semasa, program majalah ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang cuba untuk mencari kawan-kawannya. Dalam proses pencarian tersebut, dia mendapati kawan-kawannya telah didera, diculik dan dibunuh.
(English) A magazine program based on a real story of a kid who was trying to find his friends but only find out his friends were abused, kidnapped, and murdered which is related to current issue.
MISI: K RAYA
Tarikh : Raya Keenam, 30 Jun 2017
Masa Siaran : 4.00 petang
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Teh Syuhaida
Sinopsis : Misi K akan memaparkan tentang kempen kemanusiaan yang dilakukan oleh MPB- NSTP dan para pencabar mereka. Dana kemanusiaan juga akan dilakukan di Kelantan atau Pahang.
(English) Misi K will cover humanitarian campaign done by MPB – NSTP and their challengers. A humanitarian fund will be done at Kelantan or Pahang.
MAJALAH 3: SELAMAT HARI RAYA, AINA
Tarikh : Raya Kesembilan, 3 Julai 2017
Masa Siaran : 9.00 malam
Produksi : Primeworks Studios
Sinopsis : Kehidupan adik Aina Mashitah Mohd Yunos, 7 tahun, berubah sekelip mata apabila dia hampir lemas di kolam renang pada tahun 2015. Walaupun terselamat, kesan daripada terputusnya bekalan oksigen untuk jangka masa yang lama telah menyebabkan kerosakan otak. Anak kecil yang suatu masa dahulu seorang yang riang, kini kaku – tidak mampu bergerak mahupun bercakap.
Ibunya, Wan Intan Syafinas, telah berhenti tugas sebagai jururawat untuk menjaga Aina sepenuh masa. Aina mendapat rawatan rehabilitasi yang intensif secara berterusan di Hospital Rehabilitasi Cheras, di bawah pemantauan Dr. Chern Phei Ming, Pakar Perunding Perubatan Rehabilitasi Paediatrik. Menurut Dr Chern, kecederaan otak menyebabkan Aina mengalami kekejangan otot yang tidak terkawal pada seluruh tubuh. Ini melambatkan proses pemulihan Aina dan menyukarkan Intan untuk mengurusnya setiap hari. Pengambilan ubat juga tidak dapat mengatasi masalah ini.
Aina perlu melalui satu prosedur perubatan yang baru diperkenalkan di Malaysia – Intrathecal Baclofen (ITB). Prosedur ini membabitkan sebuah pam yang diimplan di dalam badannya untuk memberi ubat terus ke saraf tunjang secara berkala. Ia terbukti mampu mengatasi masalah kekejangan otot dengan berkesan, sekaligus membantu dalam pemulihan Aina dan memudahkan penjagaannya.
Aina menjadi kanak-kanak pertama di Malaysia yang melalui prosedur ini. Sekiranya berjaya, Hari Raya tahun ini akan memberi lebih makna kepada keluarganya dan membawa segunung harapan untuk melihat Aina kembali pulih seperti dahulu.
This program is about a 7 year old girl named Aina Mashitah Mohd Yunus.Her life has totally changed after the incident of drowning in a pool in 2015. Even though she survived from the incident, but it affects her brain due to cut off oxygen supply for a long period. Now she is unable to move and talk.
Her mother, Wan Intan Syafinas has to stop working as a nurse to take care of her daughter. Aina is getting her intensive rehabilitation treatment at Cheras Rehabilitation Hospital under the supervision of Dr. Chern Hey Ming, Pediatrics Medical Rehabilitation Consultant. According to Dr. Chern, Aina suffers brain injuries that causes uncontrolled muscle spasms all over the body. This also cause delay for her recovery process and complicate her condition.
Aina has to go through a medical procedure that is newly introduced in Malaysia – Intrathecal Baclofen (ITB). This procedure involves a pump implanted in her body to give the medication directly to the spinal cord periodically. It is proved to overcome the muscle spasms problems, as well as helping in the recovery of Aina and facilitate care. Aina is the first person in Malaysia to go through this procedure. If the operation is successful, this Hari Raya will be a meaningful one for her family.
PROGRAM RAUDHAH
MADRASAH: JALUR SUTERA ILMU
Tarikh : Raya Kelapan, 2 Julai 2017
Masa Siaran : 10.00 malam
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Ahmad Fedtri Yahya
Sinopsis : Kedah, negeri terbanyak memiliki sekolah pondok selain Kelantan. Mengikut rekod, ada 28 sekolah pondok tradisional di negeri ini yang diiktiraf JAKIM. Madrasah Raya meninjau bagaimana institusi pondok berevolusi. Saat dilanda arus modenisasi, ada madrasah yang sedia menerima perubahan. Tak kurang juga yang mahu kekal dengan identiti zaman dahulu. Namun, jumlah pelajar kian berkurangan. Ia juga berkisar soal aspek keselamatan seperti pondok kayu terbakar dan serangan haiwan berbisa di kediaman pondok. Madrasah meninjau pengalaman pondok Pak Ya (Guar Chempedak, Kedah) yang pernah diuji tragedi – puluhan anak madrasah maut dalam kebakaran tragis. Pengalaman mereka penting untuk panduan madrasah lainnya.
Madrasah Raya juga membawakan kisah keluarga Haji Halil yang mendidik anak dengan alam tahfiz terlebih dahulu sebelum mereka terjun ke alam akademik dan menjadi ilmuan berjaya. Kesemua anaknya telah bergraduasi sebagai doktor, peguam, ahli farmasi dan sebagainya. Mereka sekeluarga kini kerap ke pondok kurang berkemampuan untuk bersedekah selain hidup sentiasa dikelilingi elemen pondok dan pengajian yang semuanya membawa kepada ketenteraman hati nurani.
Kedah is one of the states in Malaysia that has a high number of ‘Sekolah Pondok’ apart from Kelantan. There are about 28 traditional ‘’sekolah pondok’ in Kedah that has been recognized by JAKIM. Madrasah Raya will be reviewing on how these ‘pondok’ institutions evolve as time passes by. Modernization brings a lot of changes in the society and these will also affects the ‘pondok schools’. Some ‘pondok’ schools are ready to accept changes and some prefer to maintain in the traditional ways. However, the number of students are declining. It is also due to their safety concerns. This is because there were cases such as wooden ‘‘pondok’caught on fire and attacked by venomous animals within the school compound. .
In this episode, Madrasah will interview Pak Ya in Guar Chempedak, Kedah about his pondok which was on fire and claimed the life some of the students.
Besides that, Madrasah Raya will also show on Haji Halil in teaching his kids in tahfiz education prior to general education and becoming successful individuals – doctors, lawyers, pharmacists and others. Now, the family often go to less fortunate ‘pondok’ schools to help them.
PROGRAM GAYA HIDUP
DAPUR PANAS VS 5 RENCAH RASA
Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017
Masa Siaran : 11.00 malam
Produksi : Twentyseventh Pictures
Pengacara : Cef Fikree
Sinopsis : Program satu jam ini akan memaparkan dua cef selebriti dari dua program memasak tempatan yang terkenal dalam satu pertempuran masakan. Mereka masing-masing akan digandingkan dengan selebriti di mana kemahiran memasak mereka akan diuji. Kemahiran mereka akan diadili berdasarkan cabaran masakan mereka. Siapakah yang akan digelar sebagai cef yang handal? Adakah Cef Naem daripada Dapur Panas atau Cef Sherson dari 5 Rencah 5 Rasa? Turut menampilkan Ummi Nazeera dan Azira Shafinaz sebagai tetamu dan juga Cef Sarah sebagai juri jemputan.
(English) Two celebrity chefs from two well-known local cooking programme battles in this 1 hour show. They each will have a team of celebrity whose cooking skills are yet to be tested and they will be judged based on a series of cooking “tests”. Who will walk away as the ultimate chef? Chef Naem of Dapur Panas or Chef Sherson of 5 Rencah 5 Rasa? Featuring Ummi Nazeera and Azira Shafinaz as special guests meanwhile Chef Sarah as guest jury.
SCHAWALARA RAYA (DITAJA OLEH YAKULT)
Tarikh : Raya Kelima dan Keenam, 29 & 30 Jun 2017
Masa : 6.00 petang
Artis : Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Lara Alana
Sinopsis : Schawalara Raya 2017 merupakan sebuah travelog sempena Hari Raya. Menampilkan pasangan suami isteri popular, Awal Ashaari & Scha Al-Yahya, serta anak perempuan mereka Lara Alana melawat sebuah tempat di Jepun – ‘Moriokato’ untuk menyambut bulan Ramadan dan kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Rancangan ini turut disertai oleh Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusuf Iskandar serta Fouziah Ghous, Zhafran dan Zeeshan.
(English) Schawalara Raya 2017 is a semi- reality travelshow for Hari Raya. It features Awal Ashaari, his wife Scha Al Yahya together with their daughter Lara Alana traveling to another great location in Japan –‘ Moriokato’ to celebrate and embrace the Ramadhan and Eidul Fitri festive spirit. Also featuritng Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Yusuf Iskandar, Fouziah Ghous, Zhafran and Zeeshan.
NONA RAYA
Tarikh : Raya Kelapan, 2 Julai 2017
Masa Siaran : 2.00 petang
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Uyaina Arshad
Sinopsis : NONA TV3 telah mengadakan “Kempen Mengumpul Baju Baharu NONA” bagi mengingati insan-insan yang memerlukan dari golongan anak-anak yatim, anak-anak asnaf dan anak-anak istimewa sempena menyambut Hari Raya yang akan datang. Hasil pengumpulan baju raya baharu adalah daripada orang ramai meliputi agensi kerajaan, syarikat swasta, designer dan orang persendirian.
NONA Istimewa Raya akan memaparkan bagaimana bermulanya kempen hingga tamatnya kempen ini. Selain itu, NONA juga akan memaparkan penyerahan Baju Raya Baharu oleh penderma-penderma individu dan juga syarikat-syarikat yang terlibat. Rakaman penerimaan dibuat di Sri Pentas dan lokasi sekitar Lembah Kelang. Program Hari Raya NONA memberikan kegembiraan kepada yang memerlukan dan tanda #terimakasih kepada semua penonton yang setia dengan rancangan NONA.
(English) NONA TV3 launched “Kempen Mengumpul Baju Baharu NONA” is to think of the less fortunate this coming Hari Raya Aidilfitri. The collections are from the public mainly government agencies, NGOs, designers and many more. NONA special Raya episode depicts the origins and the ending of the campaign – handovers Baju Raya Baharu from donors, the recording of handover will be shot at Sri Pentas and other places in the Kelang Valley. This programme brings smile and happiness to the less fortunate and a sign of gratitude #terimakasih to the loyal viewers of NONA.
PROGRAM HIBURAN
RAYA SAKAN MAK CUN (Ditaja oleh Coca-Cola) (Siaran Langsung)
Tarikh : Malam Raya, 24 Jun 2017
Masa : 11.00 Malam
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Eirma Fatima, Balkisy Samundur Khan, Umie Aida, Dato’ Rahim Razali, Adik Haidar
Artis Undangan : Usop Mentor Milenia, Azrel Ismail, Izzue Islam, Nico, Janna Nick, Azira Shafinaz,
Mark Adam dan Ayda Jebat
Sinopsis : Sebuah rancangan variasi yang menampilkan Mak Cun seabgai hos, barisan artis popular, dan pelawak pada malam raya. Berkonsepkan program bual bicara yang merangkumi sketsa, temuramah bersama artis jemputan, permainan, persembahan lagu-lagu raya dan banyak lagi.
(English) A variety show featuring Mak Cun as the host, Malaysian’s artistes and comedians during the night of Raya. A sketch live talkshow consists of a Mak Cun drama sketch, interview with guests artistes, games, Raya performances and more.
MELODI RAYA
Waktu siaran : Episod 1 – Raya Pertama, 25 Jun 2017, 12.00 Tengah Hari
Episod 2 – Raya Kelapan, 2 Julai 2017, 12.30 Tengah Hari
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Awal Ashaari, AG Kool FM, Dan Zizan Razak
Sinopsis : Sambutlah Hari Raya Pertama anda dengan Awal Ashaari, AG Kool FM, dan Zizan Razak bersama barisan selebriti kesayangan anda seperti Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Adira, Sufian Suhaimi, Bunkface, Fauziah Latiff, Ayda Jebat, Faizal Tahir, Aizat Amdan dan ramai lagi.
(English) Celebrate your first day of Hari Raya with Awal Ashaari, AG Kool FM, and Zizan Razak and witness special performances by your favourite artists such as Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Adira, Sufian Suhaimi, Bunkface, Fauziah Latiff, Ayda Jebat, Faizal Tahir, Aizat Amdan and many more.
THE SARIMAH SHOW
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Masa : 11.00 malam
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Sarimah Ibrahim
Artis : Amyra Rosli, Amar Baharin, Jovian Mandagie, Mat Dan, Zizi Kirana, Waris, Den Wahab.
Sinopsis : Sebuah rancangan bual bicara yang akan membawa anda menyingkap kenangan raya lalu sehingga hari ini! Apabila rata-rata masyarakat sudah kekenyangan, Sarimah akan menghidupkan suasana rumah mereka dengan ketawa riang, perbincangan tentang revolusi Raya bersama tetamu jemputannya, permainan, dan banyak lagi.
(English) A feel good raya talk show that will bring you back down to the memory lane until today’s uber cool raya! When everyone still high in raya mood and some may be trapped in food coma situation, Sarimah will make them awake by bringing them to a destination for laughter & fun, chatting about Revolusi Raya with her special guests, game show and many more.
MUZIK MUZIK 32 RAYA
Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017
Masa : 11.00 malam
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Sherry Al-Hadad, Zooey, & Hefny Sahad
Sinopsis : Berhibur bersama Sherry Al-Hadad, Zooey, dan Hefny Sahad, Muzik Muzik 32 Raya kali ini membariskan penyanyi-penyanyi popular tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan, Sixth Sense, Haiza, Zarul Umbrella, Ronnie Hussin, Irfan Harris, dan ramai lagi.
(English) Be entertained alongside Sherry Al-Hadad, Zooey, and Hefny Sahad, Muzik Muzik 32 Raya lines up popular singers such as Dayang Nurfaizah, Aizat Amdan, Sixth Sense, Haiza, Zarul Umbrella, Ronnie Hussin, Irfan Harris and many more.
J.K.K RAYA
Tarikh : Raya Keempat, 28 Jun 2017
Masa : 11.00 malam
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Ebby Yus, Sari Yanti, Isey, Ropie.
Artis : Sweet Qismina, Dato’ Fadzilah Kamsah, Yumi, Jiggy Masin.
Sinopsis : Musim raya sudah hampir dan masing-masing ingin bergaya tetapi apa lagi masalah yang dihadapi Kampung Kalut ini?
(English) Hari Raya is around the corner and everyone wants to wear their best outfit, but what else seems the commotion in Kampung Kalut?
YE KE?! RAYA
Tarikh : Raya Kelima, 29 Jun 2017
Masa : 5.00 petang
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Fauziah Ahmad Daud & AG Kool FM
Artis : Abam Bocey, Adibah Nor, Syanie, Vicha, Man Pos
Sinopsis : Ye Ke?! Raya kali ini akan mengupas topik “Gemuk Is Awesome” bersama 5 orang selebriti jemputan yang akan membincangkan pengalaman lalu, peristiwa lucu, dan pengalaman hidup mereka.
(English) Ye Ke?! Raya will discuss about the topic “Gemuk Is Awesome” with 5 guest celebrities that talk about their past experience and funny moments even the intimate stories.
MENTOR MILENIA 2017 RAYA
Tarikh : Raya Kelima, 29 Jun 2017
Masa : 9.00 malam
Produksi : Primeworks Studios
Artis : Hazama, Black, Akim, & Tomok serta 8 Protégé
Sinopsis : Mentor Milenia 2017 Raya adalah sebuah program variasi yang mengisahkan kelapan-lapan orang protégé yang ingin pulang ke kampung mentor mereka Hazama, Black, Akim, dan Tomok. Saksikan gelagat-gelagat mereka ketika mereka bermain permainan dan menyampaikan persembahan istimewa raya – cara Mentor Milenia 2017!
(English) Mentor Milenia 2017 Raya is a variety program which is about all eight protégés whom are trying to go to their mentor’s hometown; Hazama, Black, Akim, and Tomok. Witness their impromptu responses as they play games and performs their Hari Raya performances – Mentor Milenia 2017 style!
KONSERT MENTOR MILENIA 2017
Tarikh : Raya Keenam, 30 Jun 2017
Masa : 9.00malam
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Marsha & Issey
Artis : Hazama, Black, Akim, & Tomok
Sinopsis : Konsert Mentor Milenia 2017 memaparkan persembahan-persembahan protégé-protégé serta mentor mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam Karnival Wow.
(English) Konsert Mentor Milenia 2017 displays special performances of all protégés and mentors at Bukit Jalil National Stadium at the Karnival Wow.
TELEFILEM (Raya Pertama – Kelima, 8.30 malam)
BALIK RAYA KE KITA?
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Produksi : Tanah Beris Filem Produksi
Pelakon : Azad Jasmin, Shery Al-Hadad, Rosnah Mat Aris, Adik Danish Hazriq, Adik Indah DFKL, Amyza Aznan
Sinopsis : Sudah tiga tahun berturut-turut Farid menyambut Hari Raya di Sabak Bernam, kampung isterinya, Rina kerana mahu berjimat kos pengangkutan. Tahun ini, Farid bertekad untuk beraya di kampungnya. Anak-anak mereka juga teruja untuk beraya di kampung bapanya pula. Malangnya, kereta Farid rosak dan perjalanan mereka diteruskan dengan cara alternatif yang penuh dengan kejutan.
(English) It’s been 3 years that Farid’s family celebrating Hari Raya in Sabak Bernam where his wife, Rina’s family stay. She wanted to save up the travelling cost. But this year, Farid insisted to go to Perak and celebrates the feast with his family. The kids are excited of course. Unfortunately, their car breaks down and the journey continues with another surprise.
DODOL UNTUK MENANTU
Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017
Produksi : Zeel Production
Pelakon : Saim Ali, Mimi Lana, Shamsul Ghau Ghau, Nadzmi Adhwa, Syida Melvin, Hairi Safwan
Sinopsis : Pak Dolah terpaksa merelakan perkahwinan anaknya, Noni dengan pelayan restoran bernama Basyir. Basyir disambut dingin meskipun bersungguh-sungguh menjaga Pak Dolah yang sakit ketika Ramadan. Menjelang Hari Raya, Basyir terpaksa pulang ke kampung asalnya dan meninggalkan Noni dan Pak Dolah. Sejak itu, barulah Pak Dolah sedar akan sikap buruknya yang memperkecilkan Basyir.
(English) Pak Dolah has to allow the marriage of his daughter, Noni with a waiter named Basyir. Eventhough Basyir cared for Pak Dolah when he was sick during Ramadan, Basyir still receives the cold shoulder. On Raya’s eve, Basyir has to return to his hometown thus leaving Noni and Pak Dolah. Since then, Pak Dolah realizes he is in the wrong mistreating Basyir.
IMAM SAMAR-SAMAR
Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017
Produksi : ZK Creative Production
Pelakon : Johan As’ari, Mawar Rashid, Shamsul Ghau Ghau, Mubarak Majid
Sinopsis : Rahim ialah seorang guru dan bilal di Masjid Al-Hidayah. Dia ditugaskan oleh pengerusi dan imam besar masjid, Haji Hanafi untuk mencari seorang Imam jemputan untuk mengetuai solat terawih di bulan Ramadan. Azmi mendapat idea untuk menyamar menjadi ‘imam jemputan’. Suatu hari, Azmi menyedari dirinya langsung tidak layak menjadi imam. Azmi kemudiannya menghubungi Rahim. Dia meminta maaf dan berjanji akan menebus kesalahannya. Rahim menyuruh Azmi menebus dengan menjadi seorang imam yang sebenarnya. Demi menebus kesalahannya, Azmi belajar untuk menjadi imam. Azmi akhirnya mula berubah dan berjaya mencuri hati anak imam di kampung tersebut.
(English) Rahim is a teacher and a Bilal at Masjid Al-Hidayah. He was given a task by the chairman and Imam, Haji Hanafi to search for a guest Imam to lead the Tarawih prayers during Ramadan. Azmi had the idea to disguise as the guest Imam. One day, Azmi faces the facts that he is not a qualified Imam. He phones Rahim, apologizes and promises to redeem his fault. Rahim told Azmi the only way to do so is by being a real Imam. In order to make amends, Azmi took the steps in becoming an Imam and finally turns over a new leaf, and stole the heart of the village Imam’s daughter.
KETUPAT BUAT NENEK
Tarikh : Raya Keempat, 28 Jun 2017
Produksi : Saphire Screen
Pelakon : Adik Mitilda, Ku Faridah,Zul Huzaimy, Delimawati, Jalil Hamid, Fauzi Nawawi, Lisdawati
Sinopsis : Mengisahkan tentang hubungan seorang anak kecil berumur 9 tahun, Dian dengan neneknya, Mak Ainun. Dian diserahkan kepada Mak Ainun selepas ibu bapanya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat terlibat dengan dadah. Dian menagih kasih daripada neneknya tetapi Mak Ainun bersikap dingin kepadanya. Suatu malam, ketika mereka sedang menganyam ketupat, mereka diserang oleh perompak. Dian bergelut dengan perompak dan menghembuskan nafas terakhir atas riba Mak Ainun.
(English) Story of a sentimental relationship between Dian and her grandmother, Mak Ainun. Dian, 9 years old girl was raised by her parents until they were sentenced to hang to death for being involved in drug case. Dian always seek for Mak Ainun’s love even though Mak Ainun treats her cold. One night when they are bonding together weaving ‘ketupat’, they were attacked by robbers. Dian struggled against the robbers and drew her final breath on Mak Ainun’s lap.
PROJEK KUIH RAYA MAK LEHA
Tarikh : Raya Kelima, 29 Jun 2017
Produksi : Wiranusa Corp
Pelakon : Zara Zya, Zarina Zainudin, Pian Kepoh, Chacha Maembong
Sinopsis : Kuih raya buatan Mak Leha mendapat sambutan tiap kali menjelang Ramadan. Namun Mak Leha telah jatuh sakit dan terpaksa melepaskan proses pembuatan kuih raya kepada ketiga-tiga anaknya. Maka bermulalah usaha dan kerja keras ketiga-tiga anak Mak Leha untuk membuat kuih raya atas tempahan yang sedia ada. Menjelang Raya, Nabihah mendapati tiada kuih raya untuk mereka di rumah.
(English) Mak Leha’s “kuih raya” receives tremendous support come Ramadan every year. However, Mak Leha fell ill and had to entrust her three daughters to prepare the “kuih raya”. There begins the effort and hard work by the three ladies to meet the orders of the customers. On Raya’s eve, Nabihah realizes that there are no “kuih raya” in their home.
FILEM
7 PETALA CINTA
Tarikh : Malam Raya, 24 Jun 2017
Masa Siaran : 10.30 malam
Pelakon : Diana Amir, Shima Anuar, Puteri Mardiana
Sinopsis : Hamka ialah graduan dari Universiti Al-Azhar yang bertunang dengan anak perempuan gurunya, Saidatul Nafisah, sebelum berhijrah ke Yaman untuk melanjutkan pelajarannya. Walau bagaimanapun, dalam sebenarnya, Hamka hanya mahu menulis seluruh Al-Quran dengan tangan sebagai hadiah perkahwinannya nanti. Tidak lama selepas Hamka berangkat ke Yaman, konflik dalaman dan perang saudara tercetus di Yaman. Keluarganya menerima laporan bahawa Hamka sudah mati. Walaupun begitu, tunangnya, Nafisah masih setia dan sabar menunggu kepulangan Hamka. Manakala Attar yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Nafisah mula mendekati beliau. Ini adalah kisah cinta sejati dan dedikasi seorang wanita terhadap lelakinya tidak kira apa jua halangan dan dugaan yang datang.
(English) Hamka is a graduate from University Al-Azhar who is engaged to the daughter of his teacher, Saidatul Nafisah, before migrating to Yemen to further his studies. However, in actually, Hamka just wants to finish the writing the whole Al-Quran by hand in order to present it as his future wedding gift. Not long after Hamka left for Yemen, a political conflict and a war between Yemen rulers break out, and soon, his family receives reports that Hamka is dead. Despite that, her fiancée, Nafisah continues to wait patiently for Hamka’s return, while attar, a man who longs harbored feelings for Nafisah begins to approach her. This is the story of one woman’s dedication and love to her man that withstands all obstacles.
EVOLUSI KL DRIFT
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Masa Siaran : 4.30 petang
Pelakon : Fasha Sandha, Farid Kamil, Syamsul Yusof
Sinopsis : Zack dan Sham, dua pemuda yang suka lumba drift. Walaupun perlumbaan drift adalah lebih untuk lelaki, tetapi teman wanita Zack telah memasuki dunia perlumbaan drift dan mampu bersaing dengan mereka. Saksikan kehidupan dan kisah cinta mereka dalam dunia perlumbaan.
(English) Zack and Sham, two youngsters who love drift racing. Even though drift racing are meant for men, Zack’s girlfriend enters drift racing and becomes competitive in drifting. How their lives roll with racing, love and competition
THOR
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Masa Siaran : 10.30 malam
Pelakon : Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Hopkins, Natalie Portman, Idris Elba
Sinopsis : Sebagai anak kepada Odin, raja kepada para dewa, Thor bakal mewarisi takhta Asgard daripada ayahandanya yang semakin tua. Walau bagaimanapun, pada hari pertabalan, Thor bersikap kejam terhadap musuh mereka iaitu Frost Giants yang telah menceroboh ke istana. Sebagai hukuman, Odin telah mengusirkan Thor ke Bumi. Manakala Loki, saudara Thor memulakan rancangan jahatnya di Asgard. Thor yang sudah dilucutkan kuasanya kini terpaksa menghadapi ancaman paling besar dalam hidupnya.
As the son of Odin, king of the Norse gods, Thor will soon inherit the throne of Asgard from his aging father. However, on the day that he is to be crowned, Thor reacts with brutality when the gods’ enemies, the Frost Giants, enter the palace in violation of their treaty. As punishment, Odin banishes Thor to Earth. While Loki, Thor’s brother, plots mischief in Asgard, Thor, now stripped of his powers, faces his greatest threat.
EVOLUSI KL DRIFT 2
Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017
Masa Siaran : 4.30 petang
Pelakon : Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Farid Kamil, Scha Alyahya, Remy Ishak, Shaheizy Sam
Sinopsis : Kehidupan perlumbaan antara Zack dan Sham masih belum berakhir. Zack, yang pernah menjadi seorang pelumba haram kini ialah drifter profesional. Selepas kemalangan itu, Sham tidak lagi drift kerana kakinya tempang dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat. Tidak lama kemudian, seorang drifter profesional wanita bernama Aleeya muncul. Joe yang terlepas dari kemalangan maut masih menaruh dendam ke atas Zack. Ery, pembantu kepada Joe juga mahu membalas dendam pada Zack kerana dia telah menyebabkan kawan baiknya Karl dipenjarakan. Joe mahu menguasai seluruh perniagaan dadah di KL. ASP Kamal mengesyaki beberapa kematian ada kaitan dengan Joe.
(English) Racing life between Zack and Sham has not yet ended. Zack, who used to be an illegal racer is currently a professional drifter. After the accident, Sham no longer drifts due to his broken leg and has to walk using the aid of crutches. Soon a female professional drifter called Aleeya (Scha Al-Yahaya) appears. Joe (Aaron Aziz), who managed to escape unhurt from the accident, wants revenge on Zack. Joe’s assistant Ery (Shaheizy Sam) also wants revenge on Zack because he caused his best friend,Karl (played by Iqram Dinzly in the prequel) to get locked up in jail. Joe wants to control the whole drug business syndicate in KL, and inspector Kamal (Remy Ishak) suspects him for the crimes that involved deaths.
THOR: THE DARK WORLD
Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017
Masa Siaran : 10.30 malam
Pelakon : Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Natalie Portman, Anthony Hopkins, Idris Elba
Sinopsis : Pada zaman dahulu, dewa-dewa Asgard berjuang dan memenangi peperangan terhadap satu bangsa yang kejam dikenali sebagai Dark Elves. Mereka yang terselamat sudah dijinakkan dan senjata utama mereka iaitu Aether dikebumikan di lokasi rahsia. Beratus-ratus tahun kemudian, Jane Foster terjumpa Aether dan menjadi tuan kepadanya. Jane memaksa Thor membawanya ke Asgard sebelum dikesan dan ditangkap okeh Dark Elf Malekith untuk merampas semula senjata tersebut untuk memusnahkan seluruh alam semesta termasuk Bumi.
(English) In ancient times, the gods of Asgard fought and won a war against an evil race known as the Dark Elves. The survivors were neutralized, and their ultimate weapon — the Aether — was buried in a secret location. Hundreds of years later, Jane Foster (Natalie Portman) finds the Aether and becomes its host, forcing Thor (Chris Hemsworth) to bring her to Asgard before Dark Elf Malekith (Christopher Eccleston) captures her and uses the weapon to destroy the Nine Realms — including Earth.
GENG: PENGEMBARAAN BERMULA
Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017
Masa Siaran : 4.30 petang
Pelakon : Nur Fathiah Diaz, Balqis Fadhullah Lee, Kee Yong Pin
Sinopsis : Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah sebahagian daripada perkara-perkara yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung itu bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baharu mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kampung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.
(English) Bored with nothing to do for their school holidays, Badrol invites his best friend Lim to go on a camping trip at his old Kampung where he grew up, with intentions to experience some long-forgotten true Malaysian life in his Grandfather’s durian orchard. However their simple holiday trip is cut short by the discovery of a clue that leads them closer to the rumours of the mystery house deep in the forest. Together with their newly found friends, Raju the animal-whispering boy, Ros the village beauty, and her two cute twin brothers, Upin and Ipin, they work together to unravel the secrets surrounding the small Kampung.
CAPTAIN AMERICA: THE FIRST AVENGER
Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017
Masa Siaran : 10.30 malam
Pelakon : Chris Evans, Hugo Weaving, Samuel L. Jackson, Dominic Cooper, Hayley Atwell, Sebastian Stan
Sinopsis : Pada tahun 1941, dunia berada di ambang peperangan. Steve Rogers mahu berbakti untuk negara dengan menyertai angkatan tentera Amerika, tetapi permohonannya ditolak kerana saiz fizikal yang kecil. Akhirnya, Steve mendapat peluang apabila dia diterima masuk ke program eksperimen yang menukarkannya sebagai Supersoldier yang dipanggil Captain America. Bergandingan dengan Bucky Barnes dan Peggy Carter, Captain America menerajui pertempuran untuk menentang organisasi HYDRA yang disokong oleh Nazi.
(English) It is 1941 and the world is in the throes of war. Steve Rogers wants to do his part and join America’s armed forces, but the military rejects him because of his small stature. Finally, Steve gets his chance when he is accepted into an experimental program that turns him into a supersoldier called Captain America. Joining forces with Bucky Barnes (Sebastian Stan) and Peggy Carter (Hayley Atwell), Captain America leads the fight against the Nazi-backed HYDRA organization.
HERBIE: FULLY LOADED
Tarikh : Raya Keempat, 28 Jun 2017
Masa Siaran : 4.30 petang
Pelakon : Lindsay Lohan, Michael Keaton, Cheryl Hines
Sinopsis : Maggie Peyton mahu menjadi pemandu NASCAR tetapi ayahnya Ray Peyton Sr. yang terlalu mengongkong Maggie tidak membenarkannya. Sebagai seorang bekas pelumba, Ray lebih rela Maggie menjadi penyampai berita sukan yang gajinya lebih lumayan dan bukannya kerjaya memandu seperti abangnya yang sering terlibat dengan kemalangan. Apabila Ray Sr. membawa Maggie ke tempat penjualan kereta lama untuk memilih kereta, Maggie tidak sedar bahawa Volkswagen Beetle yang dinamakan sebagai Herbie akan mengubah kehidupannya.
(English) Maggie Peyton wants to become a NASCAR driver but her overprotective father, Ray Peyton Sr., won’t hear of it. A former racer himself, Ray wants Maggie to take a lucrative TV sports casting job and leave the driving to her crash-prone brother. When Ray Sr. takes Maggie to a junkyard to pick out a car, she has no idea that the little Volkswagen Beetle — named Herbie — she takes home will change her life.
CAPTAIN AMERICA: THE WINTER SOLDIER
Tarikh : Raya Keempat, 28 Jun 2017
Masa Siaran : 10.30 malam
Pelakon : Chris Evans, Hugo Weaving, Samuel L. Jackson, Sebastian Stan, Scarlett Johansson
Sinopsis : Selepas pertarungan bersama rakan seperjuangan Avengers di New York berakhir, Steve Rogers iaitu Captain Amerika cuba menyesuaikan diri dengan zaman moden di ibu negara tersebut. Serangan ke atas S.H.I.E.L.D. telah melibatkan Roges ke sebuah muslihat yang juga meletakkan seluruh dunia atas risiko. Bergabung tenaga dengan Black Widow dan sekutu baharu, The Falcon, Rogers berusaha membongkar konspirasi yang semakin meluas, tetapi dia dan pasukannya bakal berhadapan dengan musuh yang tidak dapat dijangka.
(English) After the cataclysmic events in New York with his fellow Avengers, Steve Rogers, aka Captain America, lives in the nation’s capital as he tries to adjust to modern times. An attack on a S.H.I.E.L.D. colleague throws Rogers into a web of intrigue that places the whole world at risk. Joining forces with the Black Widow and a new ally, the Falcon, Rogers struggles to expose an ever-widening conspiracy, but he and his team soon come up against an unexpected enemy.
IRON MAN 3
Tarikh : Raya Kelima, 29 Jun 2017
Masa Siaran : 10.30 malam
Pelakon : Robert Downey Jr., Guy Pearce, Gwyneth Paltrow, Rebecca Hall
Sinopsis : Selepas peristiwa The Avengers, Tony Stark telah mengalami sindrom panik melampau dan telah membina beberapa suit Iron Man di rumahnya. Keadaannya itu telah menyebabkan hubungannya tegang dengan kekasihnya Pepper Potts yang merupakan CEO Stark Industries. Dalam siri flashback pada malam tahun baru 1999, Stark bersama kekasihnya pada masa itu seorang saintis botani, Maya Hansen,telah menolak mentah-mentah pelawaan Aldrich Killian, yang mahu sokongan Stark dalam usahanya meneruskan program Advanced Idea Mechanics.
(English) Marvel’s “Iron Man 3” pits brash-but-brilliant industrialist Tony Stark/Iron Man against an enemy whose reach knows no bounds. When Stark finds his personal world destroyed at his enemy’s hands, he embarks on a harrowing quest to find those responsible. This journey, at every turn, will test his mettle. With his back against the wall, Stark is left to survive by his own devices, relying on his ingenuity and instincts to protect those closest to him. As he fights his way back, Stark discovers the answer to the question that has secretly haunted him: does the man make the suit or does the suit make the man?
ADNAN SEMPIT 2
Tarikh : Raya Keenam, 30 Jun 2017
Masa Siaran : 8.30 malam
Pelakon : Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Aznah Hamid
Sinopsis : Setelah berjaya menempuh pelbagai dugaan dalam filem sebelumnya, hubungan antara Adnan dan Nadia semakin intim sehinggakan mereka bercadang untuk berkahwin. Namun, hubungan intim mereka kurang disenangi oleh bapa Nadia, Datuk Ithnin yang merasakan Adnan sepatutnya berperwatakan seperti ahli korporat. Oleh itu, sebagai syarat kepada Adnan untuk mengahwini Nadia, dia dikehendaki mengubah penampilannya kepada seorang ahli korporat tersohor dalam masa 30 hari – tahu berbahasa Inggeris, pandai bermain golf, tahu memandu kereta serta berupaya mempengerusikan mesyuarat syarikat pada akhir tempoh 30 hari tersebut. Dalam masa yang sama pula, Nadia disyaratkan untuk belajar memasak dan mengemas rumah dalam masa 30 hari.
(English) Adnan Sempit 2 is a continuation of the first story of Adnan Sempit. This story tells the story of a office boy named Adnan. His life is still as before, still has not changed. But, his life will change when he is challenged by Nadia’s father, the prospective father-in-law. Adnan was challenged to turn into a corporate member within 30 days before being allowed to marry Nadia.
MARVEL’S THE AVENGERS
Tarikh : Raya Keenam, 30 Jun 2017
Masa Siaran : 10.30 malam
Pelakon : Robert Downey Jr., Chris Evans, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth,
Samuel L. Jackson, Mark Ruffalo, Tom Hiddleston
Sinopsis : Loki, adik tiri Thor telah bekerjasama dengan tentera Chitauri dan menggunakan kuasa Tesseract untuk menakluki bumi dan menjadi pemerintah di bumi.Pengarah agensi S.H.I.E.L.D, Nick Fury di bawah program ciptaanya The Avengers yang turut disertai oleh Iron Man, Captain America, The Hulk, Thor, Natasha Romanoff dan Hawkeye perlu bergabung tenaga untuk memastikan bumi selamat daripada ancaman Loki dan sekutunya.
(English) Loki, the stepbrother of Thor, teams-up with the Chitauri Army and uses the Tesseract power to travel from Asgard to Earth to plot the invasion of Earth by the Chitauri and become the king of Earth. The director of the agency S.H.I.E.L.D Nick Fury sets in motion the project The Avengers, joining Tony Stark a.k.a. the Iron Man; Steve Rogers, a.k.a. Captain America; Bruce Banner, a.k.a. The Hulk; Thor; Natasha Romanoff, a.k.a. Black Widow; and Clint Barton, a.k.a. Hawkeye, to save the world from the powerful Loki and the alien invasion.
DREDD
Tarikh : Raya Ketujuh, 1 Julai 2017
Masa Siaran : 11.30 malam
Pelakon : Karl Urban, Olivia Thirlby, Lena Headey
Sinopsis : Mega City One ialah sebuah bandaraya gelap di mana para penjenayah berleluasa di jalanan. Satu-satunya undang-undang terletak pada polis yang dipanggil “judges” yang bertindak sebagai hakim, juri dan penjatuh hukuman, dan Dredd merupakan salah seorang yang paling ditakuti. Dredd digandingkan dengan Cassandra, anggota polis baharu yang mempunyai kebolehan. Satu insiden jenayah dahsyat telah menghantar Dredd dan Cassandra ke kawasan berbahaya yang dikawal oleh Ma-Ma, raja dadah yang akan melakukan apa sahaja untuk melindungi empayarnya.
(English) Mega City One is a vast, violent metropolis where felons rule the streets. The only law lies with cops called “judges” who act as judge, jury and executioner, and Dredd is one of the city’s most feared. One day, Dredd is partnered with Cassandra, a rookie with powerful abilities. A report of a terrible crime sends Dredd and Cassandra to a dangereous area controlled by Ma-Ma, a drug lord who will stop at nothing to protect her empire.
PROGRAM RAUDHAH
TANYALAH USTAZ
Tarikh/ Waktu Siaran : Raya Pertama, 25 Jun 2017, 7.00 pagi – 8.00 pagi
Raya Kedua – Kelima, 26 – 29 Jun, 7.00 pagi – 8.30 pagi
Panel / Pengacara : Ustaz Jazlan Abdullah, Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Ustaz Ali Sabri Abd Rahman, Da’i Fuad, Da’i Izzhar, Da’i Luqman
Sinopsis : Tanyalah Ustaz istimewa Raya akan membawa para Da’i bersama ustaz jemputan untuk bertindak sebagai panel yang menjawab setiap kemusykilan tentang tajuk yang bertemakan Hari Raya.
Tanyalah Ustaz special Raya episode will bring the Da’i together with the invited ustaz to as the panel in answering the questions pertaining to Hari Raya.
TANYALAH USTAZAH
Tarikh : Raya Keenam, 30 Jun 2017
Masa Siaran : 7.00 pagi
Pengacara : Da’i Hidayu,
Sinopsis : Tanyalah Ustazah istimewa Raya memahami konsep berhari raya selari dengan sunnah. Memberi penjelasan mengenai kesalahan yang sering dilakukan ketika berhari raya terutamanya oleh kaum wanita yang melibatkan soal adab, aurat, batas pergaulan dan sebagainya.
Tanyalah Ustazah special Raya episode will provide the viewers better understanding on the concept of Hari Raya in line with Sunnah. It will provided explanations on common mistakes that are made especially by women on manners, aurat and many more.
SIS RAYA
Tarikh : Raya Ketujuh, 1 Julai 2017
Masa Siaran : 6.00 petang
Pengacara : Dayah Bakar, Heliza Helmi
Sinopsis : Dayah Bakar dan Heliza Helmi bertemu di stesen KTMB ketika dalam perjalanan pulang ke kampung sambil mengimbas kembali 9 memori syawal yang sentiasa menjadi kenangan.
Two young ladies met each other at the KTMB station on their way back to their hometown. During the journey, they recalled 9 unforgettable memories during Syawal.
PROGRAM BUAL BICARA
KETUPAT RENDANG KOPI O
Tarikh : Raya Pertama & Kedua, 25 Jun & 26 Jun 2017
Masa Siaran : 8.00 pagi
Pengacara : TBC – Haziq HotFM, Azaria Tagaya, Nana Mahazan, Dayah Bakar
Sinopsis : Istimewa buat sambutan Hari Raya Aidilfitri, program bual bicara Ketupat Rendang Kopi O yang disiarkan secara langsung selama dua jam dimeriahkan dengan sesi temu bual, kisah-kisah yang menarik dalam paparan tayangan visual, persembahan istimewAa dan pelbagai kandungan yang menarik. Lebih menarik, Ketupat Rendang Kopi O juga akan ada kolaborasi istimewa dengan program khas TV3, Istimewa Aidilfitri pada Hari Raya pertama.
(English) A special 2-hour LIVE talk-show to celebrate Hari Raya Aidilfitri which will be filled with live interviews, interesting stories via VT playbacks, special performances, crossovers and other entertaining contents. It is also a special collaboration with Istimewa Aidilfitri (TV3) through cross content programming.
PROGRAM HIBURAN
POP TV RAYA
Tarikh : Malam Raya dan Raya Kelapan, 24 Jun & 2 Julai 2017
Masa : 9.30 malam
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Nabil Mahir, Nana Mahazan
Sinopsis : Saksikan Pop TV Raya dalam dua episod istimewa. Episod pertama akan bersiaran langsung khas pada malam raya pertama bersama Usop Mentor Milenia, Datin Alyah, Wany Hasrita, dan Khai Bahar. Manakala, episod kedua, Nabil Mahir dan Nana Mahazan akan bermain pelbagai permainan bersama Abam Bocey, Syuk, Zulin Aziz, Izreen Azminda, dan Kaka Azraff.
(English) Pop TV Raya will feature two special episodes of which the first episode will be live on the first Hari Raya eve. Catch up on your favourite artists, Usop Mentor Milenia, Datin Alyah, Wany Hasrita, and Khai Bahar. Whereby on the second episode, Nabil Mahir and Nana Mahazan will put up a game show with Abam Bocey, Syuk, Zulin Aziz, Izreen Azminda, and Kaka Azraff.
PERANG BIBIR 2017
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Masa : 10.00 pagi
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Issey Fazlisham & Nabila Huda
Artis : Sherry Al-Hadad, Dennis Yin, Izzue Islam, Dan Ramona Zam Zam
Sinopsis : Perang Bibir yang pertama menyaksikan kumpulan Nabila Huda telah memenangi trofi manakala kumpula Issey pulang dengan tangan kosong. Tahun ini, Issey kembali untuk membalas dendam dan merebut gelaran itu semula. Episod kali ini, Issey dan Nabila mengambil semula program ini daripada Sherry Al-Hadad dan Dennis untuk perlawanan kali kedua dalam ‘perlawanan antara jantina’. Dapatkah Issey membalas dendam atau Nabila akan mempertahankan kejuaraannya?
(English) Based on the first “Perang Bibir”, Nabila huda’s team took home the trophy while Issey went back with nothing but a bruised ego. This year, Issey is coming back with vengeance to claim the title. This Episode, Issey & Nabila will take back the show from the seasonal hosts, Dennis & Sherry for a second showdown on the “battle of the sexes”. Will Issey get his revenge or will Nabila extend her bragging rights?
SERUPA TAPI TAK SAMA
Tarikh : Raya Pertama, 25 Jun 2017
Masa : 3.30 petang
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Abam & Ezlynn
Sinopsis : Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda terserempak dengan selebriti seperti Abam atau Ezlynn ketika membeli belah di kotaraya Kuala Lumpur? Saksikan rancangan variasi istimewa Hari Raya Pertama ini untuk melihat gelagat masyarakat umum bertemu Abam dan Ezlynn secara tidak sengaja.
(English) What will you do if you accidentally bumped into celebrities such as Abam or Ezlynn while you are doing you were shopping at the busy streets of Kuala Lumpur? Witness the people reactions as they were pranked on meeting Abam and Ezlynn.
KARAOKE BOOM!
Tarikh : Raya Kedua, 26 Jun 2017
Masa : 3.30 petang
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Haiza Kool FM Dan Haziq Hot FM
Artis : Azira Syafinaz, Aiman Tino, Haqiem Rusly, Izzue Islam, Wany Hasrita, Elyana, Chiwan, dan Kudien 3 Juara
Sinopsis : Sebuah rancangan permainan yang menguji pengetahuan selebriti dalam industri muzik. Haiza Kool FM dan Haziq Hot FM akan menjadi pengurus mereka, dengan misi untuk mengalahkan pihak lawan.
(English) A super-fun game show to test celebrities’ knowledge on the music industry! Haiza Kool FM and Haziq Hot FM will act as their managers, in a mission to out sing the other!
LAWAK KAROKS
Tarikh : Raya Ketiga, 27 Jun 2017
Masa : 3.30 petang
Produksi : Primeworks Studios
Pengacara : Fizie Hot FM & Liza Kool FM
Artis : Tauke Jambu, Man Pos, Haida Super Karoks, Syura Super Karoks
Sinopsis : Sesi penyatuan semula antara peserta Lawak Vaganza dan Super Karoks. Pada masa yang sama mereka menunjukkan bakat melawak dan improvisasi serta kebolehan menyanyi karaoke dalam pelbagai permainan yang menyeronokkan!
(English) A Reunion session with the Contestants of Lawak Vaganza & Super Karoks at the same time they showcase their mad comedy/improv skills and karaoke singing capabilities through a series of fun & quirky games! This crossover concept will surely entertain the whole family.