Quantcast
Channel: tv9 – Galaksi Media
Viewing all 26 articles
Browse latest View live

(SEMASA) TV9 #JANJIRAYA BERSAMA PENONTON DENGAN TAWARAN ISTIMEWA!

$
0
0

Petaling Jaya, 26 April 2022 – Menjelang Hari Raya Aidilfitri, TV9 dan ST Rosyam Mart dengan Seikhlas Hati menawarkan ayam segar berharga RM1.49 seekor* sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia TV9! (*tertakluk pada terma dan syarat).

Acara istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 26 April dan 27 April 2022 dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di dua lokasi ST Rosyam Mart iaitu di Setiawangsa, Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor. Selain pembelian ayam segar dengan harga promosi istimewa ini, para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra bersama Datuk Rosyam Nor dan barisan pelakon 30 Hari Sebelum Raya iaitu Aprena Manrose, Shakilla Khoriri, Liza Abdullah dan Mark Adam serta peluang untuk membawa pulang cenderahati istimewa daripada TV9.

Menurut Cik Sherina Nordin, Ketua Pegawai Operasi TV9, “Sudah dua tahun, kita tidak berpeluang untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri kerana pandemik COVID-19. Kini, negara kita sudah memasuki fasa peralihan ke endemik, sudah tentunya ramai yang teruja untuk menyambut perayaan ini dengan insan tersayang. Oleh itu, TV9 dengan seikhlas hati, ingin meraikan Hari Raya Aidilfitri menerusi aktiviti #JanjiRaya ini bersama komuniti, tidak kira walaupun situasi masih lagi sukar sekarang, yang pasti kita #JanjiRaya bersama dan teguh bersama dalam apa jua situasinya. Semoga semangat kental ini terus berada dalam komuniti dan #JanjiRaya bersama-sama dan menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Jadi, saya ingin berpesan kepada para pengunjung di ST Rosyam Mart supaya sentiasa mengamalkan SOP semasa membuat pembelian ayam segar nanti.”

Berikut ialah butiran untuk aktiviti TV9 Janji Raya:

Tarikh Masa Lokasi Selebriti
26 April 2022

(Selasa)

9.00 malam –  11.00 malam ST Rosyam Mart Setiawangsa Datuk Rosyam Nor

Aprena Manrose

Shakila Khoriri

27 April 2022

(Rabu)

ST Rosyam Mart Shah Alam Datuk Rosyam Nor

Liza Abdullah

Mark Adam

*Terma & Syarat:

i) Terhad kepada 1,000 ekor ayam segar sehari.

ii) Terhad 1 ekor ayam segar untuk 1 keluarga.

iii) Kupon tebusan akan diedarkan di lokasi pada waktu yang tertera.

iv) Kupon tebusan hanya sah pada hari, waktu dan tempat yang tertera.

v) Kupon tebusan wajib diserahkan sewaktu pembayaran.

vi) Harga promosi hanya sah bersama kupon tebusan.


(SEMASA) KARNIVAL JOM HEBOH 2022 -ACARA PADANG TERBESAR MALAYSIA KINI KEMBALI !!!

$
0
0

Petaling Jaya, 21 Jun 2022 – Karnival tahunan kegemaran ramai Karnival Jom Heboh (KJH) kini kembali lagi! KJH kali ini dibawakan oleh DuitNow, dan bakal berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Jun (Sabtu dan Ahad) di Anjung Floria, Putrajaya bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya. Jumpa anda semua di sana seawal 8.00 pagi kerana banyak aktiviti menarik menanti anda! 

Acara padang tahunan anjuran Media Prima Berhad (MPB) dimeriahkan dengan pelbagai booth dari TV3, TV9, DidikTV, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, OH BULAN, SEISMIK, VOCKET, Waktu Solat Malaysia, WOWSHOP dan tonton yang menyediakan aktiviti – aktiviti menarik serta penampilan istimewa daripada barisan selebriti tanah air popular. Selain itu, belon udara panas juga disediakan khas buat pengunjung yang ingin melihat suasana sekeliling Putrajaya dengan harga yang murah, hanya dengan menggunakan aplikasi DuitNow. 

Kemeriahan di KJH diteruskan dengan promosi-promosi hebat pada harga yang tiada tandingan. Jangan melepaskan peluang untuk menjadi pengunjung terawal kerana anda berpeluang untuk mendapatkan hadiah istimewa dari KJH! Lebih istimewa lagi, pengunjung bakal berpeluang untuk beramah mesra dengan artis suka ramai di booth Media Prima Berhad tersedia seperti barisan pelakon Melur Untuk Firdaus dan Risik Pada Hati, Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera, Sophia Albarakbah dan 

ramai lagi. Pengunjung berpeluang untuk menghabiskan hujung minggu bersama ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti santai seperti Karaoke Muzik-Muzik, bergambar dan bermesra dengan maskot Alif & Sofia dan Hang Omar Timor.

Tidak ketinggalan juga siaran langsung program Borak Kopitiam, Wanita Hari Ini dan Melodi yang juga membawakan kemeriahan KJH kepada semua penonton TV3. Bagi peminat muzik pula, KJH mempersembahkan konsert legenda Konsert Jom Heboh yang pasti akan memeriahkan malam minggu anda.  

Para pengunjung juga akan dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh yang akan diadakan pada pukul 9.00 malam selama dua malam berturut-turut. Konsert ini akan dihoskan oleh penyampai radio terkenal dari Hot FM dan Buletin FM seperti AG, Ally Iskandar, Haiza, Ayu, Riena Diana, Muaz, Hawa Rizwana dan Imran Aqil. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan adalah Ara Johari, Ashtin, kumpulan Masdo, Insomniacks, Xpose, Amsyar Lee, Ezad Lazim dan ramai lagi. 

Bagi menyemarakkan suasana di KJH, raikan Hari Rekreasi Putrajaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan acara-acara menarik seperti zoo peliharaan di Festival Pencinta Haiwan Putrajaya (PALOF), Bandar RV, Desa Kopi, Pertandingan Memancing dan Flying Fox. Aktiviti-aktiviti lain termasuk senamrobik, mini penalti dan bola bowling. Karnival Jom Heboh Acara Padang Paling Lama di Malaysia yang diiktirafkan oleh Malaysia Book of Records ini pasti mengujakan hujung minggu anda sekeluarga. 

Sebarkan keseronokan dengan menggunakan tag #KarnivalJomHeboh dan #KJH. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

(SEMASA) KUASA TULAR DI MEDIA SOSIAL, MEMBANTU ATAU SEBALIKNYA?

$
0
0

Petaling Jaya, 28 Julai 2022 – Sudah menjadi trend masyarakat kini untuk berkongsi aktiviti harian, berita, gambar dan video di platform media sosial. Malahan, kuasa tular di media sosial juga dilihat sebagai strategi pemasaran yang paling berkesan.

Sembang Viral telah diperkenalkan oleh TV9 pada 13 September 2021 bertujuan membincangkan isu – isu tular yang dikongsikan netizen di media sosial daripada perspektif Islam secara santai bersama dengan ahli panel jemputan.

Mulai 1 Ogos 2022, Sembang Viral kembali dengan musim baharu dan bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 10:30 malam di TV9. Dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor, program berdurasi 30 minit ini menampilkan ahli panel jemputan yang terdiri daripada pendakwah bertauliah, peguam syarie dan pakar motivasi serta selebriti jemputan yang sesuai dengan topik yang dibincangkan.

Untuk musim baharu ini, Sembang Viral memperkenalkan segmen baharu ‘Netizen Tanya’ di mana Datuk Rosyam Nor akan membacakan soalan-soalan netizen berkaitan isu agama dan kehidupan menerusi laman media sosial rasmi TV9 iaitu @TV9Malaysia. Ahli panel jemputan akan memberikan penjelasan dan merungkai persoalan itu berdasarkan fakta dan panduan yang betul.

Episod pertama akan membincangkan topik ‘Mempersendakan Agama’ bersama-sama dengan ahli panel jemputan iaitu Ustaz Amin (Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim) dan Caprice. Sejak disiarkan di TV9, Sembang Viral berjaya mencuri perhatian penonton dan menerima sambutan yang sangat memberangsangkan. Ia mula bersiaran sebagai kapsul berdurasi 10 minit sebanyak 154 episod dan juga mempunyai edisi khas 6 episod selama satu jam di bulan Ramadan lepas yang diberi nama Sembang Viral Mega.

Saksikan Sembang Viral Musim Ke-2 bermula 1 Ogos 2022, setiap hari Isnin, pukul 10:30 malam di TV9 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari http://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial.

 

(SUKAN) TV9 SAJIKAN PERLAWANAN SENGIT LIGA SUPER MALAYSIA 2022

$
0
0

Petaling Jaya, 9 Ogos 2022 – Berita gembira buat peminat bola sepak tempatan kerana TV9 akan menyajikan aksi Liga Super Malaysia ke kaca televisyen anda!

Persaingan Liga Super Malaysia kini berada di pertengahan musim. Memasuki hari perlawanan ke-15, TV9 akan membawa perlawanan antara Terengganu FC yang akan menerima kunjungan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada hari Rabu, 10 Ogos, jam 8:45 malam. Saksikan barisan pemain bintang JDT seperti Bergson, Fernando Forestieri dan Arif Aiman Hanapi, serta pemain-pemain hebat Terengganu seperti Kpah Sherman, Kipré Tchétché dan Faisal Halim.

“Sebagai peminat tegar bola sepak tempatan, saya cukup teruja dengan perkembangan ini, di mana TV9 akan menyiarkan kandungan sukan yang menarik dan terkini. Kami akan terus memberi ruangan kepada penggemar bola sepak dan rakyat Malaysia untuk menonton sukan kegemaran mereka di TV9 sebagaimana yang telah dijanjikan. Marilah kita bersama-sama memberi semangat demi bola sepak tanah air dan memeriahkan lagi Liga Super Malaysia yang akan ditayangkan di TV9.” kata Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima.

Menurut Hanif Miswan, pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), penyampai radio Buletin FM dan pengacara serta pengulas bola sepak Liga Super Malaysia, “Walaupun Liga Super Malaysia sudah berada di pertengahan musim, saya cukup gembira apabila TV9 akan menyiarkan perlawanan-perlawanan yang akan datang. Aksi bola sepak tempatan lebih mudah ditonton, jadi saya sangat teruja untuk menonton sukan kegemaran ramai ini bersama-sama penonton di TV9. Jangan lupa untuk memberi sokongan kepada kesemua pasukan yang bersaing di Liga Super Malaysia!”

Penyiar Rasmi Liga Super Malaysia – unifi TV, telah mengambil langkah untuk memanjangkan hak penyiaran ini ke TV9, demi para peminat bola sepak tempatan. Mengulas mengenai hal ini, Ketua Pegawai Komersial Telekom Malaysia Berhad (TM), Anand Vijayan berkata, “Bola sepak adalah salah satu sukan utama dan mendapat tempat di hati ramai peminat sukan. Kerjasama terbaharu yang dijalinkan bersama TV9 membolehkan Liga Super Malaysia ditonton oleh lebih ramai penyokong sukan ini. Selain daripada dapat menonton perlawanan-perlawanan ini melalui saluran unifi Sports, aplikasi unifi PlayTV dan saluran YouTube unifi, Liga Super Malaysia kini bersiaran di TV9 dan kami berharap para peminat dapat menikmati perlawanan-perlawanan ini sebaik mungkin bagi menyemarakkan lagi bola sepak tempatan.”

Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan berkata: “Hubungan sukan bola sepak dengan syarikat televisyen tempatan sentiasa memiliki hubungan cukup istimewa sejak daripada zaman dahulu lagi. Sudah pasti MFL mengalu-alukan kedatangan TV9 sebagai Rakan Penyiar siaran langsung Liga Malaysia pada tahun ini. Apa yang MFL harapkan sokongan teguh daripada penaja, penyokong dan rakan penyiar akan terus memberikan nilai-nilai kepada Liga Malaysia di mana Liga Malaysia adalah liga kita bersama.”

TV9 memulakan siaran Liga Super 2022 dengan perlawanan di antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim pada hari Rabu, 10 Ogos, 8:45 malam, diikuti dengan perlawanan Kuala Lumpur City FC lawan Negeri Sembilan FC pada hari Khamis, 18 Ogos, 8:00 malam, manakala perlawanan-perlawanan sengit seterusnya yang melibatkan pasukan kegemaran anda akan diumumkan melalui media sosial TV9.

 

Pastikan anda bersama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan-pasukan kegemaran anda yang disiarkan di TV9! Pasukan mana yang akan menjulang trofi Liga Super Malaysia musim ini?

Jangan lepaskan segala maklumat terkini tentang perlawanan mendebarkan sepanjang Liga Super berlangsung! Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

(HIBURAN) TV9-DESTINASI HIBURAN SATU KELUARGA 

$
0
0

Sejak bulan Ogos, TV9 sudah melakukan perubahan secara berperingkat dengan mengaktifkan waktu perdana lebih awal kepada pukul 6.00 petang. 9 September 2021 dipilih sebagai tarikh yang dinantikan bagi saluran TV9 tampil dengan wajah baharu untuk menjadi destinasi hiburan keluarga dalam kalangan penonton setianya. 

Menurut Cik Sherina Nordin, Ketua Pegawai Operasi TV9, “Selari dengan pembaharuan program TV9 yang lebih rileks dan santai, kami telah berkolaborasi dengan Datuk Rosyam Nor, Alif Satar, Amyra Rosli, Naim Daniel dan Zharif Zhafri selaku rakan-rakan TV9 yang mewakili dua komponen utama (DNA) TV9 iaitu keluarga (family) dan kepentingan masyarakat (community interest). Trend masyarakat menonton TV sudah berubah sejak pelaksanaan Perintah Pergerakan Kawalan pada tahun lepas. Inilah waktu yang sesuai untuk TV9 memperkenalkan pembaharuan di slot waktu dan kandungan program supaya kekal relevan. Kami berharap agar TV9 menjadi destinasi keluarga anda yang dapat menemui kepuasan, keriangan dan menikmati sajian program yang lebih santai.”

“Waktu perdana di TV9 bermula pada pukul 6.00 petang dengan program animasi, diikuti dengan Buletin TV9 pada 7.00 malam, seterusnya program bual bicara baharu, Sembang Viral, Senario, drama-drama menarik seperti Budak Intern, The Venom’s Tale (Thailand), Flower of Evil (Korea) serta slot Kuasa 3 Malam yang menampilkan 3 filem popular tempatan dan Bollywood dalam satu minggu. Tidak lupa juga dokumentari khas bersempena dengan Hari Malaysia iaitu Menjulang Takzim Jalur Gemilang. Hujung tahun nanti, InsyaAllah kita akan sajikan drama siri yang baru Keluarga Untuk Disewa dan Mr Millenium,” jelas Cik Sherina lagi. 

Sidang media maya TV9 #JanjiHappy telah berlangsung pada petang ini bersama-sama dengan rakan-rakan TV9, Datuk Rosyam Nor, Alif Satar, Amyra Rosli, Naim Daniel, Zharif Zhafri serta barisan pelakon daripada Budak Intern iaitu Intan Najuwa, Syafi Tee, Bella Dowanna dan Malek McCrone. Turut hadir ialah Cik Sherina Nordin, Ketua Pegawai Operasi TV9 dan Encik Mohd Redzuan Abdul Manap, Ketua Pengarang Berita, Jabatan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima. 

Bermula dari pukul 6.00 petang, TV9 menyiarkan seleksi program animasi terbaik dari dalam dan luar negara. Selain animasi Nickelodeon yang menjadi pilihan utama penonton cilik, TV9 telah menyiarkan Legends of Dawn: The Sacred Stone bermula 5 September 2021, setiap hari Ahad, 6.00 petang. Legends of Dawn: The Sacred Stone diadaptasi daripada Mobile Legends: Bang Bang, sebuah permainan video iaitu arena pertempuran dalam talian berbilang pemain yang sangat popular dalam kalangan pemain MOBA. 

Slot berita waktu perdana di TV9 kini dikenali sebagai Buletin TV9, program berita nombor 2 negara tampil lebih relevan, padat dan lebih diyakini dengan memaparkan siaran berita sejam lebih awal. Buletin TV9 juga memaparkan 4 segmen mingguan menarik iaitu Pintu Rezeki, Bijak Tani, Cari Pahala dan Tradisi Kita. Dapatkan sumber berita komuniti dan jenayah paling awal bersama-sama dengan barisan pembaca berita baharu dan sedia ada iaitu Zharif Zhafri Abdul Aziz, Ahmad Barr Zainal Abidin, Intan Syazwina Suhaimi, Nur Affiza Azmi, Wan Saifulizam Wan Ahmad, Shamellya Norazizi dan Zaira Sri Zakaria.

Sembang Viral, sebuah kapsul berdurasi 10 minit yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Fedtri Yahya bakal bersiaran pada setiap hari, pukul 7.30 malam bermula 13 September 2021. Mereka akan membincangkan isu – isu yang dikongsikan netizen di media sosial dari perspektif Islam secara santai bersama – sama dengan ahli panel jemputan.

The Venom’s Tale yang kini sedang hangat disiarkan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7.30 malam akan bertukar waktu siarannya kepada pukul 7.40 malam bermula 13 September. Drama popular Thailand ini mengisahkan sebuah cinta tiga segi antara dewi ular, putera raja dan tunangnya pada 500 tahun lepas. Demi memiliki lelaki itu, dewi ular telah menjampi putera raja itu bahawa dia akan menjelma sebagai ular setiap kali tibanya malam bulan purnama.

Bersesuaian untuk penonton remaja, jangan ketinggalan untuk menonton Budak Intern lakonan Intan Najuwa, Syafie Tee, Bella Dowanna dan Malek McCrone bermula 22 September 2021, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.30 malam. Drama 16 episod ini mengisahkan suka duka sekumpulan pelatih industri yang baru hendak menjinak dalam industri pengiklanan. Bainun, Izzy, Ryan dan Karl mempunyai sebab sendiri untuk bekerja sepenuh masa selepas latihan industri tamat. Selepas habis waktu kerja, mereka sering menghabiskan masa di sebuah kafe milik kepada kakak Karl. 

Bagi peminat K-drama, pastikan terus menonton Flower of Evil lakonan Lee Joon Gi dan Moon Chae Won pada hari Rabu dan Khamis, 10.00 malam dan hari Jumaat pada pukul 10.30 malam. Baek Hee Sung ialah seorang suami dan bapa yang penyayang tetapi dia mempunyai sebuah sejarah hitam yang bakal memusnahkan kebahagiaan hidupnya. Tambahan pula, isterinya, Cha Ji Won ialah seorang anggota polis yang mula menemui bukti-bukti baharu dalam kes jenayah lama dimana ia telah menggambarkan Baek Hee Sung sebagai pembunuh bersiri. 

Keseronokan menonton filem kegemaran di TV9 bukan saja akan berganda malahan ia akan menjadi kuasa tiga apabila anda dapat menonton 3 filem popular tempatan dan Bollywood pada setiap minggu menerusi Kuasa 3 Malam. Saksikan barisan filem hebat, yang antaranya termasuk filem lagenda Kuch Kuch Hota Hai, pada setiap Selasa, 9.30 – 11.00 malam dan setiap Sabtu dan  Ahad, pukul 8.30 – 10.30 malam. 

Kerjasama strategik antara TV9 dan WOWSHOP terus memaparkan kandungan yang lebih segar dan mengukuhkan penjenamaan pada waktu siang dalam memastikan penonton TV9 “Janji Happy”! Pelbagai promosi menarik disediakan sepanjang September antaranya adalah pulangan tunai sebanyak RM9 bersempena dengan sambutan ‘Janji Happy’ dan ‘WOW You, 3 Million’. Promosi ini akan berlangsung dari 13 hingga 30 September 2021 menerusi rancangan Sembang Viral. Pastinya ramai yang tidak mahu ketinggalan dan terus terpaku di depan kaca TV!

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, TV9 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia akan menyiarkan dokumentari khas, ‘Menjulang Takzim Jalur Gemilang’ pada 16 September (Khamis), pukul 8.30 malam. Program ini memaparkan sejarah di sebalik nama Jalur Gemilang, bendera kebanggaan Malaysia. Apakah kepentingan bendera dalam perspektif Islam? Dan apakah peranannya dalam pembinaan negara? Semuanya akan terjawab dalam dokumentari ini.

Program-program menarik di TV9 bermula hari ini! 

LEGENDS OF DAWN: THE SACRED STONE Mulai 5 September 

Setiap Ahad, 6.00 petang – 6.30 petang

BULETIN TV9 Setiap Hari, 7.00 malam – 7.30 malam 
SEMBANG VIRAL  Mulai 13 September

Setiap Hari, 7.30 malam – 7.40 malam

THE VENOM’S TALE Setiap Isnin – Khamis, 7.30 malam – 8.30 malam

(Mulai 13 September, 7.40 malam – 8.30 malam)

SENARIO Setiap Jumaat – Ahad, 7.30 malam – 8.30 malam

(Mulai 17 September, 7.40 malam – 8.30 malam)

KUASA 3 MALAM Setiap Selasa, 9.30 malam – 11.00 malam

Setiap Sabtu & Ahad, 8.30 malam – 10.30 malam

Kuch Kuch Hota Hai

14 September, Selasa, 9.30 malam – 11.00 malam

BUDAK INTERN Mulai 22 September

Setiap Rabu & Khamis, 9.30 malam – 10.00 malam

CHAMSARANG: FLOWER OF EVIL Setiap Rabu & Khamis, 10.00 malam – 11.00 malam

Setiap Jumaat, 10.30 malam – 11.30 malam

MENJULANG TAKZIM JALUR GEMILANG 16 September 2021, Khamis,

8.30 malam – 9.30 malam

Gunakan #JanjiHappy untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. Jingle TV9 ataupun lagu Janji Happy ini adalah lagu ciptaan oleh John Jeeves, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Omar K, dinyanyikan oleh Alif Satar & Naim Daniel. Nantikan video muzik Janji Happy yang akan dapat disaksikan bermula pada 17 September nanti. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.  

  • Tamat – 

(SEMASA) 500,000 PENGUNJUNG MENAMATKAN KARNIVAL JOM HEBOH 2015

$
0
0

DSC_1410

Bukit Jalil, 2 Disember 2015 – Acara padang terbesar kelahiran TV3 yang telah berlangsung di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lepas telah menggarap 500,000 orang pengunjung untuk kedua-dua hari 28 dan 29 November 2015. Manakala konsert karnival ini yang telah berlangsung pada sebelah malam kedua-dua hari tersebut telah berjaya meraih 30,000 orang penonton.

DSC_4223

Karnival Jom Heboh Bukit Jalil ini merupakan lokasi terakhir siri penjelajahannya pada tahun 2015 ini. Sebelum ini, Karnival Jom Heboh telah menggegarkan Perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka pada bulan Mac, Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dan Pusat Beli Belah Angsana, Johor Bahru pada bulan Oktober lalu.

DSC_4056

Siri jelajah Karnival Jom Heboh yang berwajah baru untuk tahun 2015 telah membawa konsep meriah dan bertenaga. Penganjurannya sejak tahun 2003 membuktikan acara tapak ini sememangnya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia untuk terus beriadah bersama stesen no.1 negara, TV3. Pengunjung juga berpeluang menemui barisan personaliti TV seperti Fiza Sabjahan, Ally Iskandar, Maria Tunku Sabri, Zaim Helmi Zaini dan Ahmad Fedtri Yahya selain barisan pelakon yang membintangi drama-drama yang bersiaran di TV3 dan TV9.

DSC_2598

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, “Alhamdulillah penjelajahan Karnival Jom Heboh berakhir dengan jayanya. Kami telah mencapai sasaran jumlah pengunjung seramai 500,000 orang untuk kedua-dua hari. Saya terharu dengan keterujaan para pengunjung kerana mereka telah memberi sokongan yang luar biasa. Pihak kami bersyukur dan berterima kasih kepada para pengunjung atas sokongan mereka. In Sya Allah, Karnival Jom Heboh dan Raudhah Di Hatiku akan kembali pada tahun 2016 untuk bertemu peminat setia stesen televisyen kami.”

DSC_1538

Gerai Utama Karnival Jom Heboh

Ibarat pokok tidak bertunjang, Karnival Jom Heboh ini tidak mampu berdiri tanpa gerai-gerai utamanya yang menjadi tarikan utama para pengunjung.

DSC_1360

  1. Cerekarama

Para pengunjung telah dihiburkan bersama pengacara utama booth ini, Acap dan Zee Tokan (Bintang Mencari Bintang). Bersama mereka, para pengunjung berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad dengan menyertai pelbagai permainan yang mencuit hati. Selain itu, para peminat drama TV3 telah berpeluang menonton dan beramah mesra dengan barisan pelakon drama Dhia Sofia, Stella, Abang Sado Jemur Kain, dan Alif Imani secara eksklusif seperti Ezzaty Abdullah, Fezrul Khan, Fara Fauzana, Afzan Rahman, Sean Lee Jia Ern, Shah Jaszle, dan Sasqia Dahuri.

DSC_1510

  1. Raudhah

Karnival Jom Heboh tidak mengabaikan pengisian rohani para pengunjung. Booth Raudhah ini telah menyajikan aktiviti-aktiviti kerohanian dan hiburan berlandaskan islamik. Para pengunjung berpeluang mengikuti pengembaraan spiritual ini bersama Da’i Hadhari dan Da’i Azam selaku pengacara utama booth Raudhah ini. Antara pengisian dan aktiviti-aktiviti di booth ini adalah sesi rakaman Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Roslan Mohamed bertajuk, Syurga Yang Tak Dirindui, Fesyen Muslimah Anggun bersama Personaliti Raudhah, Bella Yunus, Akustik Raudhah bersama Nomad dengan persembahan ‘Sorry Sorry Sayangku, dan pelbagai lagi aktiviti yang hebat.

DSC_1461

  1. Selera

Booth Selera yang terkenal dalam kalangan ibu-ibu dan penggemar aktiviti memasak, akan menampilkan dua jejaka kacak yang handal memasak, Chef Fikree dari rancangan Dapur Panas, dan Karl Shafek Ibrahim dari Aroma Tradisi. Secara berganti-ganti mereka berdua akan memeriahkan booth Selera dengan resipi masakan SELERA PAGI, SELERA TENGAHARI, dan SELERA PETANG pada hari Sabtu, 28 November 2015. Pada hari kedua, Ahad pula Chef Fikree akan bergandingan dengan Chef Zaidah Ibrahim untuk menyediakan masakan yang lain untuk pembelajaran para pengunjung. Antara menu-menu yang dikongsi oleh chef-chef kami adalah:

Menu Masakan Cef Fikree:

  1. Bihun Tomyam
  2. Sambal Ikan Bilis & Lempeng Pisang
  3. Daging Bakar

Menu Masakan Cef Zaidah:

  1. Makaroni Cheese Cake
  2. Kacang Pool
  3. Carrot Cake

Menu Masakan Karl Shafek:

  1. Spring Roll Malaysia
  2. Daging Dendeng Sri Pekan
  3. Roti Masin & Kuah Kari Ayam

Sepanjang kedua-dua hari di Karnival Jom Heboh ini, para pengunjung akan ditemani oleh Shah Tapaw dan Aliff Tocai sebagai pengacara utama booth Selera.

DSC_1493

  1. Bananana Land & Wow Bag

Sebuah destinasi terunggul buat pengunjung cilik Karnival Jom Heboh, Booth Bananana Land ini telah dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Adik-adik berpeluang untuk belajar memasak resipi mudah di sudut What’s Cooking, belajar seni reka dan kreatif di sudut DIY, menyertai pertandingan mewarna, dan menyertai permainan di pentas utama. Kedua-dua hari di Karnival Jom Heboh ini, pengunjung cilik kita berpeluang untuk beramah mesra dengan mascot Boboiboy, Winx Club, dan barisan personaliti bertenaga seperti Muadz Hip TV, Afieq Syazwan Bananana Squad, Aisya Hasnaa, dan Harris Alif.

Manakala gerai kembarnya, Wow Bag Booth menjual pelbagai barangan jenama eksklusif dari TV3, TV9, 8TV, NTV7, dan Tonton. Gerai ini digelar kembar Bananana Land kerana ia terletak di dalam booth Bananana Land dan berkongsi pentas yang sama. Selain daripada menjual barangan cenderahati, gerai ini turut membawakan barisan artis seperti Munir, Chiwan & Achok (kumpulan Chilok) dan Pian (kumpulan Kepoh).

DSC_1309

  1. Buletin Utama

Bagi para pengunjung yang memendam bakat membaca berita, Booth Buletin Utama pasti menjadi destinasi pilihan mereka. Bersama pembaca berita TV3, Mior Malek Raiyani, Hasnida Hanim Ahmad Kamil, dan Ramzan Mohd Saufi, Booth Buletin Utama ini membuka pintunya untuk mengalu-alukan kehadiran para pengunjung yang ingin menguji bakat sebagai pembaca berita. Disamping itu, di booth ini juga tersedia beberapa aktiviti-aktiviti permainan dengan menawarkan pelbagai hadiah eksklusif buat para pengunjung.

DSC_4236

Konsert Jom Heboh, Bukit Jalil

Karnival Jom Heboh 2015 akan melabuhkan tirainya secara besar-besaran dengan mementaskan dua konsert pada dua malam berturut-turut di Pentas Utama Karnival Jom Heboh, Bukit Jalil tepat jam 9.00malam. Pada malam Sabtu, 28 November, para pengunjung dihiburkan dengan barisan penyanyi popular tanahair seperti Ronnie Hussin, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sissy Iman, Azlan & The Typewriter, dan Jaclyn Victor. Manakala, pada malam Ahad, 29 November 2015 pula, Karnival Jom Heboh telah mempersembahkan Aiman Mamat, Qanda, Kaka Azraff, Amira Othman, Hazami dan Asmidar.

 DSC_2591

Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Viewing all 26 articles
Browse latest View live